'NGO nak apa lagi?' - Datin Shahida bengang, NGO kata pihak berkuasa tak bertindak sedangkan dia sekeluarga telah disoal siasat


Isteri kepada usahawan kosmetik, Datin Nur Shahida Mohd Rashid hari ini meluahkan rasa kecewanya terhadap NGO yang membuat laporan polis terhadap Datuk Aliff Syukri berhubung video anak perempuannya dirotan hanya kerana membuka tudung di hadapan orang yang tidak dikenali. 

Shahida kesal dengan kenyataan NGO berkenaan yang mendakwa tiada tindakan dari pihak berkuasa selepas laporan itu dibuat. Sedangkan Shahida dan keluarganya terpaksa berdepan dengan kehadiran polis, perlu menghadap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan doktor untuk pemeriksaan secara fizikal dan mental pada anak-anaknya. 

"Polis dah datang rumah saya, soal siasat semua bibik dan anak-anak saya. Lebih 10 orang. Ambil gambar pun sudah. 

"Esoknya saya diarahkan pergi JKM pun sama dah soal anak-anak saya semua. Lepas tu saya diarahkan ke Hospital Sungai Buloh juga buat pemeriksaan dengan pakar kanak-kanak. Tiga doktor periksa anak saya, periksa seluruh badan juga. 

"Jadi ini nak saya pergi kali kedua ke macam mana nak bagi puas hati? Macam mana NGO ini boleh keluar statement 'tiada tindakan dibuat'? So funny!" katanya. 



Polis dah dtg rumah saya soal siasat semua bibik n anak2 saya... lebih 10 orang.. ambik gambar pun sudah.. esoknya saya diarahkan pergi JKM pun sama dah soal anak2 saya semua.... lepas tu saya diarahkan ke hospital Sg. Buloh juga buat pemeriksaan dengan pakar kanak2... 3 doktor cek anak saya.... cek seluruh badan juga.... jadi ni nak saya pergi kali kedua ke mcm mana nak bg puas hati???mcm mana NG0 ni boleh keluar statement tiada tindakan dibuat??? so funny!!! menurut JKM setelah disiasat.... mereka kata tiada kesan penderaan emosi mahupun fizikal pada anak saya . awak tengok anak saya ada alami masalah kemurungan dan emosi ke??...saya x kata pun tindakan suami saya betul... mmg salah tapi lepas dah saya lalui semua pemeriksaan ni mereka nak apa. lagi?? Video tu x tunjuk pun anak saya kena rotan
A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Dalam kenyataan di Instagramnya, Shahida turut mendedahkan JKM sendiri telah mengesahkan tiada sebarang kesan penderaan emosi dan fizikal terhadap anak-anaknya. 

"Menurut JKM, setelah disiasat, mereka kata tiada kesan penderaan emosi mahupun fizikal pada anak saya. 

"Awak tengok anak saya ada alami masalah kemurungan dan emosi ke? Saya tak kata pun tindakan suami saya betul, memang salah tapi lepas dah saya lalui semua pemeriksaan ini, mereka nak apa lagi? Video itu tak tunjuk pun anak saya kena rotan," ujarnya. 

Semalam dalam laporan Harian Metro, Pengerusi Gerakan Alpha Legacy Enterprise (GALE), Nur Aminatul Mardiah Md Nor kecewa apabila tiada sebarang tindakan dan siasatan yang dilakukan. 

GALE bersama NGO Love Yourself Association (LYSA) menganggap tindakan Aliff memuat naik video tersebut sebagai satu penghinaan umum dan buli siber. 

Menurut mereka, perkara itu akan memberi impak kepada kanak-kanak terbabit dari segi penderaan fizikal, emosi dan mental. 

Sementara itu, ibu mentuanya, Rozita Ibrahim, mengkritik tindakan NGO berkenaan dan meminta semua pihak menghormati ruang peribadi keluarga anaknya itu. 

"Pleaselah, takkan anak saya nak bunuh anak kot? Poyo sangat NGO semua ni kenapa? Kalau jahat betul Aliff Syukri itu, saya yang bunuh dan jatuhkan dia sebab buat cucu saya. 

"Kes dera anak orang lain you all tak kisah pun. Aliff Syukri memang suka main video dan glamer. Orang tak kenal dia, kami sangat kenal dia. 

"Berhenti boleh tak? Kami tak perlu lagi penyelamat-penyelamat hero malaya ini. Hormatlah privacy dia. Perhatikan kat situ ada tak dia delete video tu Walaupun dia tahu akan bahaya? Sebab dia just nak viral. Bukan seperti orang tengok. Saya tak bela dia tapi saya kasihankan Shahida dan cucu saya." katanya. 


Difahamkan, penyanyi MimiFly yang berada dalam NGO berkenaan turut menyuarakan kebimbangannya sekiranya tindakan ibu bapa viralkan video anak sendiri tidak dibendung segera. 

"...isu public shaming yang sudah makin lama maki menular dalam negara. Jangan kerana nak merancakkan media sosial, kita terlupa anak-anak kita membesar dengan low self-esteem, stress dan 'emotionally abused'. 

"Mental health dalam Malaysia dah masuk ranking nombor dua paling kritikal selepas sakit jantung. Kalau kita ambil mudah sekarang, masa depan anak-anak kita yang hancur. 

"Tiada siapa suka dimalukan di media sosial, diejek di sekolah kerana video diviralkan oleh ibu bapa sendiri. Nak berkongsi Parenting 101 bukan masalah, tapi penting sangat ke nak feed your ego to show the world how you run your life unti; you neglect the longterm efects in your children's life?" katanya. 



Petang tadi sambil meeting bersama AJK NGO “Love Yourself Association”, kami memberikan sedikit penjelasan tentang isu public shaming yang sudah makin lama makin menular dalam negara. Jangan kerana nak merancak social media kita terlupa anak2 kita membesar dengan low self-esteem, stress dan “emotionally abused”. Mental health dalam Malaysia dah masuk ranking no 2 paling kritikal selepas sakit jantung. Kalau kita ambil mudah sekarang, masa depan anak2 kita yang hancur. Tiada siapa suka dimalukan di social media, diejek di sekolah kerana video diviralkan oleh ibubapa sendiri. Nak berkongsi parenting 101 bukan masalah, tapi penting sgt ke nak feed your ego to show the world how u run your life, until u neglect the longterm effects in your children’s life? Terima kasih abg Rudy for sharing our movement. Baca lebih lanjut article eksklusif di @hmetromy #stopemotionalbully #stopemotionalabuse #stoppublicshaming #togetherisbetter
A post shared by Mimi Fly (@mimiflyyy) on