Remaja maut ditikam ketika pulang dari masjid


Seorang remaja warga Ireland ditikam sehingga mati ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai mengerjakan sembahyang di sebuah masjid di Dublin. 

Azzam Raguragui, 18, ditahan sekumpulan samseng ketika berjalan di kawasan Finsbury Park, Dundrum, kira-kira jam 8.10 malam, Jumaat lalu. 

Mangsa dikejarkan ke Hospital St. James namun disahkan meninggal dunia tidak berapa lama kemudian. 

Polis mula membuka kertas siasatan dan seorang remaja lelaki telah tampil untuk membantu siasatan pihak polis. 

Detektif tidak menolak kemungkinan kes itu bermotifkan perkauman. Mayat mangsa juga akan dibedah siasat. 

Solat jenazah dilakukan di Masjid Sufi, Talbot Street, Dublin. 

Sumber: Daily Mail