'Saya minta maaf, tapi saya tak buat apa-apa dengan Aliff' - Nismell nafi dakwaan kacau suami orang


"Saya minta maaf sangat-sangat. Semua itu bukan salah saya dan semua ini dari kawan yang dengki sampai post macam-macam sehinggalah menjadi isu sampai begini. 

Kalau rasa tak tahu kebenaran, boleh tanya Aliff sendiri," demikian kata Nismell, remaja perempuan yang viral di media sosial hari ini yang dikaitkan dengan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz. 

Nismell mengakui dia ada merakam gambar bersama suami kepada Bella Astillah itu di sebuah private party tetapi tiada apa-apa yang berlaku di antara mereka berdua. 

"Saya mengaku walaupun saya tangkap gambar dengan Aliff, saya tak ada buat apa pun dan saya kenal Alif masa dekat private party masa tu. 

"Ramai orang dan masa itu kawan saya pun ada. Diorang tahu batas saya. Semua ini punca sebab dengki sampai gambar itu jadi permulaan gosip. 

"Sampai saya buat live pun diorang record sebab apa? Sebab iri (hati dengan) saya ada tangkap gambar dengan artis dan perburukkan saya macam-macam. 

"Saya betul-betul minta maaf. Sampai jadi kes sebesar ini, saya tak tahu macam mana nak betulkan semua ini," katanya. 
Terdahulu viral di media sosial gambar Nismell dengan Aliff mengundang pelbagai reaksi netizen. Isterinya, Bella Astillah hanya mengetahui perkara itu setelah dimaklumkan oleh netizen. 

Dalam kenyataan Bella petang tadi, dia mahu meneruskan kehidupannya dengan Ayden tanpa Aliff dan meminta orang ramai menghormati keputusannya dan memberi ruang kepadanya untuk bernafas.

LAPORAN BERKAITAN