'Saya penat dengan cacian & makian netizen' - Kerana Aliff Aziz buat hal, Aliff Syukri terima tempiasnya


Baru sebentar tadi, usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri memuat naik video terbaru di Instagramnya yang memohon netizen tidak mengaitkan kontroversi yang melanda Aliff Aziz dengan dirinya. 

Menurut Aliff Syukri, sejak kontroversi itu mula menjadi bualan netizen, dia juga turut mendapat tempias caci maki di akaun media sosialnya. 

"Korang tahu beza tak orang ye? Tolong jangan salah komen kat page orang lain.

"Disebabkan ramai orang komen, jadi saya bagi penerangan pada semua. Cuba tengok gambar betul-betul kan, berbeza hidung, gigi, mata semua.

"Ini Aliff Aziz, ini Aliff Syukri. Ini Aliff Aziz, ini Aliff Syukri. Ini Aliff Aziz, ini Aliff Syukri. Korang tahu tak membezakan antara Aliff Aziz dengan Aliff Syukri?
"Saya doakan Aliff yang ini, semoga berbahagia hingga ke jannah. Jangan kecam orang jangan kutuk orang, kalau kena kat batang hidung sendiri, baru korang tahu. Doa yang baik-baik sahaja.

"Saya buat video kerana penat dengan cacian dan makian netizen setiap kali posting saya.. Hmm.. doakan baik-baik untuk beliau," katanya.