'Sejam kemudian dia balik & bawa hadiah' - Owner terkejut, kucingnya bawa balik anak ular untuk ganti wayar earphone yang terputus


Tindakan seekor kucing peliharaan cuba meminta maaf selepas merosakkan barangan tuannya menarik perhatian netizen.

Sebelum itu, kucing berkenaan menggigit wayar fon telinga tuannya, Haryanto, sehingga terputus. Berang dengan perkara itu, lelaki terbabit marah dan tidak berhenti-henti membebel.

Kucing itu yang seperti memahami dirinya dimarahi lalu pergi membawa diri.

Namun tidak lama kemudian, kucing itu kembali dengan sesuatu yang kelihatan seperti tali di mulutnya dan meletakkan 'benda' itu di samping fon telinga yang terputus wayarnya kerana menyangka 'benda' itu boleh dijadikan sebagai ganti.

Setelah diamati oleh lelaki itu, rupa-rupanya benda itu adalah bangkai ular kecil.

"Awalnya dia main fon telinga saya, tetapi dimain dan digigitnya sampai putus. Terus saya membebel padanya. 

"Kucing itu kemudian keluar dari rumah. Sejam kemudian dia balik dan bawa hadiah." 



Kisah kucing itu kemudian menjadi viral di media sosial. Beberapa portal berita tempatan juga berkongsi mengenai kisah kucing itu yang membuatkan ramai netizen kagum dengan haiwan berkenaan. 

Difahamkan, selepas kejadian itu, Haryanto membeli set fon telinga yang baru. Namun siapa sangka si comel itu sekali lagi menggigit wayar fon telinga itu sehingga putus. 

Bimbang kejadian yang sama berulang, Haryanto tidak berani membebel seperti sebelum ini kerana bimbang kucingnya membawa pulang anak ular. 

"Habislah dia buat lagi. Sengaja aku tak membebel, takut jadi macam tempoh hari. Bila ditanya kenapa dia melakukan perbuatan itu lagi, dia buat muka dek saja," kata Haryanto.