Seorang maut, kereta bertembung gara-gara pemandu 'microsleep'


Seorang lelaki maut di lokasi kejadian selepas keretanya dilanggar sebuah kereta yang termasuk ke laluan bertentangan.

Dalam kejadian yang berlaku pada awal pagi Isnin di hadapan SK Lembah Bidong, Terengganu, pemandu kereta Proton Saga meninggal dunia di tempat kejadian selepas dirempuh kereta Honda BRV. 

Menurut netizen, Tengku Nazrin, yang mengetahui maklumat mengenai kejadian itu berkata pemandu Honda BRV mengaku dia terlelap ketika memandu (microsleep). 

"Kejadian di kampung saya. Bukan masalah minyak, yang salah kereta Honda terlelap. Dia cakap tadi. Pastu jalan pun tak laju tapi berlaku depan sekolah. Saksi kata kereta Honda tiba-tiba masuk lorong bertentangan. Mangsa tak sempat nak elak sebab dah terlalu dekat," katanya. 






Seorang lagi saksi, Mark Leen, turut menceritakan apa yang berlaku sebelum kemalangan terjadi. 

"Honda itu memang bawa slow, lori pun sempat potong tadi. Tapi yang pasti driver itu memang mengantuk sebab sebelum kemalangan itu, dia dah hampir terbabas dah masa saya ikut dia dari belakang. 

"Rasa tak selamat, saya terus potong kenderaan itu. Selepas itu, tengok-tengok dah masuk dalam Facebook, kemalangan," katanya. 


Para pengguna jalan raya yang bakal memandu jauh dinasihatkan sentiasa mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum memulakan pemanduan. Sekiranya anda mengalami kepenatan, sila berhenti di Hentian Rehat dan Rawat untuk melelapkan mata seketika atau mana-mana tempat yang bersesuaian bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.