'Suami curang ketika saya hamil 6 bulan' - Isteri dakwa Ammar Alfian curang?


Nelissa Nezam, isteri kepada pelakon Ammar Alfian, meluahkan dirinya menerima dugaan yang tidak disangka-sangka dalam bulan ramadan ini. 

Menurut Nelissa, rumah tangganya yang berusia tiga tahun mengalami masalah apabila Ammar mengkhianati kepercayaannya ketika dia sedang hamil enam bulan. 

"Ramadan kali ini benar-benar menduga saya dengan dugaan yang tidak dijangkakan. Malangnya, saya mendapat tahu suami yang telah saya nikahi selama tiga tahun curang pada saya ketika saya hamil zuriatnya enam bulan. 

"Apabila saya mendapat tahu perkara ini, saya rasa dunia bagaikan gelap dan tiada kekuatan untuk berdepan dengan dugaan ini 

"Mujur saya mendapat kekuatan dengan sokongan dari ahli keluarga dan rakan-rakan yang membantu memberikan semangat kepada saya. 

"Saya tidak sangka saya berkahwin dengan seorang lelaki yang tergamak berbuat demikian. Tetapi saya percaya apa yang berlaku ada hikmahnya dan Allah ada perancangan yang lebih baik untuk saya dan bayi saya. 

"Walaupun ramadan kali ini merupakan dugaan berat bagi saya, saya bersyukur ia mengajar dan akan terus mengajar saya. Segalanya akan baik bermula dari sini. InsyaAllah. #SingleMother," tulisnya di Instagram. 


Bagaimanapun, akaun Instagram Nelissa telah dinyahaktifkan. Semakan di Instagram Ammar Alfian, tiada sebarang respon mengenai dakwaan isterinya itu. 

Sumber: Nelissa Nezam