Sultan Ahmad Shah mangkat


Sultan Pahang kelima, Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar mangkat kira-kira 9 pagi tadi di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, 8.50 pagi tadi.

Berita itu dikongsi cucunda baginda, Tengku Puteri Iman Afzan menerusi laman Instastory akaun miliknya sebentar tadi.

Perkara itu juga disahkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Kerajaan negeri dijangka membuat pengumuman rasmi mengenainya dalam masa terdekat.