Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Tercirit' nak bayar denda RM8,000 kerana tulis perkataan lucah pada kertas saman trafik

0

Mahkamah Majistret Seremban hari ini menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM8,000 terhadap seorang mekanik yang didakwa dengan dua pertuduhan menulis perkataan lucah pada kertas saman dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas, April lalu. 

Tertuduh, Nor Exzuan Nor Hashimy, 35, mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu yang dibaca berasingan di hadapan Majistret Yusof dan V Vanita. 

Berdasarkan pertuduhan pertama, Nor Exzuan didakwa mengaibkan kehormatan anggota polis dengan menulis perkataan lucah di bahagian tandatangan pada kertas sama di tepi jalan Persiaran Senawang 1, pada 2.10 pagi 28 April lalu. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh didenda hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali. 

Bagi pertuduhan kedua, Nor Exzuan didakwa menghalang penjawat awam dari menjalankan tugasnya di lokasi yang sama dan jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda maksima RM10,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan. 


Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ummi Amyra Natasha Azhar dan Jiwan Kaur, manakala tertuduh diwakili peguam Iwana Sakinah Mohd Lajis bagi pertuduhan pertama.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM4,500 atau penjara lapan bulan jika gagal membayar denda bagi pertuduhan pertama manakala RM3,500 atau penjara empat bulan jika gagal membayar denda (pertuduhan kedua).

Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram