'Uncle tu sikit pun tak marah, malah dia hantar pergi klinik, tanggung semua kos rawatan' - Netizen terharu dengan sikap mulia lelaki Cina ini


Alangkah indahnya jika masyarakat kita mengamalkan sikap yang ditunjukkan oleh lelaki ini tenang dan membantu mangsa kemalangan. Tidak seperti sesetengah individu yang gemar menggunakan kekerasan/keganasan untuk menyelesaikan masalah.

Ceritanya ringkas, tetapi impak dari tindakannya membuatkan ramai yang memuji sikap yang ditonjolkannya itu. Ramai yang terharu dengan perkongsian Nan Naz ini.

CERITA hari ni. Kawan sekerja aku tanpa sengaja pi langgaq kereta seorang lelaki Cina ini. Memang terang-terang salah kawan aku tu.

Tapi apa yang aku respect kat sini, uncle itu sikit pun tak marah. Malah siap bawa kawan aku tu pergi klinik dan tanggung semua kos rawatan, hantar balik rumah. 




Bab kereta dia yang rosak itu pun, dia tak minta sekupang pun, tak nak report polis. Dia kata tak apa, dia repair sendiri. 

"You orang raya sudah mau dekat," katanya.

Dia ucap selamat hari raya. Ya Allah, terharunya. 

Sementara itu di media sosial, netizen juga memberikan reaksi positif.