(Video) 'Anak saya kecik lagi, kalau kena hujan macam mana?! Bukak balik!!' - Peniaga mengamuk gerainya diarahkan tutup sebab tak berlesen


"Ini Melayu, dia nak berniaga pasang khemah tepi jalan awam, tapi tak ada lesen. Bila nak kena angkut, dia gunakan anak kecik dan alasan bangsa," demikian tweet @jendulism_ yang viral baru-baru ini. 

Berdasarkan video berdurasi 44 saat itu, kelihatan beberapa penguat kuasa sedang cuba menjalankan tugas menutup khemah peniaga yang tidak berlesen terbabit. Namun terhalang apabila peniaga itu bertindak memarahi penguat kuasa. 



Isteri kepada peniaga terbabit yang sedang mendukung bayinya turut berada di bawah khemah bagi menghalang khemahnya ditutup. 

Kejadian itu menimbulkan perdebatan di kalangan netizen. Ada yang menyokong, tidak kurang juga yang mempertikaikan tindakan penguat kuasa yang dianggap berat sebelah. 















Sumber: @jendulism_