(Video) 'Ya Allah, sedih tengok anak tu' - Netizen sebak tengok video perpisahan Aliff dengan Bella & Ayden


Kesilapan telah dilakukan, peluang telahpun diberikan namun tidak dihargai dan dengan itu ada harga yang perlu dibayar untuk kesilapan itu. 

Sebagai seorang suami dan bapa, janganlah dikhianati kepercayaan yang diberikan oleh isteri. Naluri isteri tidak pernah silap, cepat atau lambat sahaja, pasti akan terungkai. 

Kemelut rumah tangga yang melanda Aliff Aziz dan Bella Astillah telah berakhir apabila Aliff melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur petang tadi. 

Media melaporkan, Aliff menangis sepanjang prosiding, manakala Bella tenang dan tiada air mata yang mengalir. 

Di luar mahkamah, Aliff dan Bella dilihat bersemuka, anak lelaki mereka, Ayden, didukung erat oleh Aliff, buat kali terakhir. 
Netizen meluahkan rasa sebak melihat detik-detik perpisahan itu. Lebih sedih bila mengenangkan nasib si anak dan isteri selepas itu.