Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Wanita hilang ingatan selepas meneran terlalu kuat ketika membuang air besar

0

Seorang wanita di Hong Kong mengalami hilang daya ingatan 10 tahun selepas meneran terlalu kuat ketika membuang air besar. 

Mangsa kemudian dibawa keluarganya ke hospital selepas mendapati wanita itu hilang ingatan. Tetapi doktor mendapati otaknya berfungsi seperti biasa dan normal. 

Difahamkan, mangsa hanya mengalami hilang ingatan selama lapan jam dan selepas pulih, dia langsung tidak mengingati apa yang berlaku dalam tempoh lapan jam itu. 

Seorang pakar neurologi, Dr Peng Jiaxiong berkata, dalam istillah perubatan penyakit itu dikenali sebagai amnesia sementara yang mungkin disebabkan ketidakcekapan injap urat jugular dalaman di mana aliran darah ke otaknya terjejas. 

Ini menyebabkan oksigen yang dibawa ke otak tidak mencukupi kerana sembelit. 

Namun doktor menjelaskan kejadian seperti itu jarang berlaku dan selain sembelit, mereka yang mengangkat objek berat atau mengalami tekanan emosi melampau berisiko besar untuk mengalami masalah itu. 

Beliau menasihatkan, mereka yang mengalami simptom hilang daya ingatan perlu menjalani pemeriksaan perubatan segera dan 30 peratus dari individu yang mengalami masalah itu  berisiko mengalami strok. 

Sumber: Asia One

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram