Budak alami sesak nafas, sakit kepala luar biasa selepas berputar di buaian


Kebanyakan kanak-kanak sangat gemar bermain buaian. Selain bermain dengan cara menghayun buaian, ada yang lebih suka memutar buaian tersebut sehingga tali/rantai buaian berbelit sebelum dilepaskan membuatkan buaian itu berputar dengan sangat laju. 

Tetapi, tahukah anda bahawa perbuatan seperti itu sebenarnya boleh mengundang bahaya kepada anak-anak?

Baru-baru ini, seorang ibu berkongsi mengenai kejadian yang menimpa anak lelakinya selepas berputar pada buaian dengan kepalanya disandar. 


Rebecca Jordan berkata, anaknya bermain buaian dan meminta kanak-kanak lain memutarkan buaian itu. 

Selepas berputar pada buaian itu, mangsa dapat merasa tekanan darah mengalir pantas ke atas kepala sehingga menampakkan kesan lebam kemerahan. 

Selain itu, terdapat juga kesan bintik-bintik merah di bahagian luar dan dalam matanya yang disebabkan pembuluh darah dan kelopak matanya pecah akibat tekanan melampau. 




Mangsa turun dari buaian dan pengsan seketika. Kanak-kanak yang lain terus memaklumkan kejadian itu kepada ibu mangsa mengenai apa yang berlaku. Mangsa mengalami sesak nafas dan sakit kepala luar biasa. 

Bimbang dengan keadaan itu, ibu bapanya terus membawa anak mereka ke hospital. 

Doktor dan jururawat menyangka mangsa bermain penyembur cat di kepalanya kerana mereka tidak pernah melihat keadaan seperti itu. 

Kepala, mata dan telinga mangsa diperiksa sebelum dihantar untuk menjalani CT Scan. 

Keputusan menunjukkan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius, juga tiada kecederaan dalaman atau otak bengkak. 

Justeru, Rebecca menasihatkan ibu bapa di luar sana agar tidak membiarkan anak bermain buaian dengan cara seperti itu. Bukan bertujuan menakutkan atau menghalang kanak-kanak dari bermain buaian tetapi sebaik-sebaiknya mengambil langkah berjaga-jaga. 


Sumber: Asia One