Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Budak parah, muka & badan digigit anjing Pitbull jiran

0

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun parah di bahagian muka akibat digigit oleh seekor anjing. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7.30 malam Khamis lalu di rumah mangsa di Taman Makmur, Endau, Mersing, mangsa sebelum itu sedang bermain di rumah jirannya. 

Namun rantai tali pengikat anjing itu tercabut lalu menyerang mangsa. 

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, anjing itu adalah baka campuran Pitbull dan telah menggigit muka serta beberapa bahagian badan mangsa. 

Siasatan awal juga mendapati, pemilik anjing tidak mempunyai lesen untuk memiliki anjing tersbeut. 

Mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Rompin untuk menjalani rawatan kecemasan sebelum dihantar ke hospital pakar untuk rawatan lanjut. 

Sementara itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu. Pengarahnya, Dr Aida Muhid berkata, pihaknya baru dimaklumkan mengenai kejadia itu hari ini dan sepasukan anggota Pejabat Veterinar diarahkan menjalankan siasatan. 

Dr Aida berkata pihaknya sedang menunggu laporan penuh yang dijangka siap esok sebelum mengambi tindakan sewajarnya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan. 

Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram