Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Jururawat maut terjerut tali kain rentang, ketika dalam perjalanan pulang ke kampung

0

Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia selepas terlanggar tali kain rentang yang tergantung melintang di hadapannya ketika menunggang motosikal di simpang tiga berhampiran Pasar Raya CMart, Jitra, Isnin. 

Siti Rofidah Md Khir, 27, yang bekerja sebagai jururawat di Hospital Pulau Pinang disahkan meninggal dunia selepas hampir sejam mendapatkan rawatan di Hospital Jitra. 

Mangsa pada ketika itu dalam perjalanan pulang ke kampungnya untuk menyambut Aidilfitri dan membawa barang keperluan untuk membuat kuih raya. 

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, kejadian itu berlaku pada jam 10.15 malam. 

"Setiba di tempat kejadian, mangsa tidak nampak terdapat tali kain rentang tergantung di hadapannya kerana kawasan itu gelap. 

"Akibatnya, tali dipercayai tersangkut pada leher mangsa hingga menyebabkan mangsa terjatuh bersama motosikalnya," katanya. 




Mangsa yang mengalami kecederaan teruk di bahagian leher kemudian dikejarkan ke Hospital Jitra sebelum disahkan meninggal dunia. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram