Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Rakyat Sarawak mahu Najib kembali sebagai Perdana Menteri' - Nancy

0

Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri, menggesa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mengenepikan Sarawak dalam rancangan pembangunan. 

Ini kerana katanya, bekas perdana menteri Najib Razak banyak meluangkan masa memahami keperluan rakyat Sarawak menyebabkan Najib kekal popular dalam kalangan rakyat Sarawak atas sumbangannya terhadap pembangunan di negeri itu. 

"Jika anda bercakap dengan orang Sarawak, mereka mahu Najib kembali (sebagai perdana menteri) kerana beliau melawat semua kawasan pedalaman. 

"Saya tidak cuba mempromosi beliau tetapi beliau tahu apa yang rakyat Sarawak perlukan. 

"Beliau mengunjungi Sarawak lebih 60 kali dan cuba memudahkan hidup kami," kata Nancy. 

Selain itu katanya, Kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu banyak meluluskan pelbagai projek infrastruktur skala kecil di bawah Belanjawan 2018, tetapi dibatalkan selepas PH mengambil alih Putrajaya. 

"Kami sangat bimbang dengan pembaharuan ekonomi. Apa-apa yang kami minta sangat kritikal dan diperlukan," katanya sambil mempersoalkan cadangan projek mega seperti pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Kedah. 

Meskipun Sarawak mempunyai RM31 bilion rizah negeri, namun Nancy menegaskan kerajaan pusat masih perlu membantu kerajaan negeri dalam membangunkan Sarawak. 

Sumber: MalaysiaKini

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram