Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) Berang jiran jejaskan punca pendapatan, lelaki tua ini balas dendam kencing & berak dalam tangki air

0

Hidup berjiran ini ada banyak ragamnya. Jika berlaku perselisihan faham, biasanya diselesaikan dengan cara baik. Namun tidak bagi lelaki warga emas di Taichung, Taiwan ini yang mengambil keputusan untuk membuat onar dengan membuang air besar dalam tangki air. 

Semuanya bermula apabila Lin, 69, menyewakan sebahagian ruang rumahnya kepada pihak telco untuk memasang peralatan komunikasi. Untuk itu, Lin dibayar RM1,605 sebulan. 

Pemasangan peralatan itu dibuat tanpa pengetahuan jirannya yang kemudian membuat laporan polis pada 2017 agar peralatan komunikasi itu dibuka semula. 

Berang kerana peluang untuk menjana pendapatan tidak kesampaian, Lin merancang untuk membalas dendam terhadap jiran berkenaan dengan membuang air besar dalam tangki air. 

Tidak berapa lama kemudian, mangsa menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan bekalan air mereka yang berbau pelik dan beberapa penduduk yang lain turut mengalami alergik selepas minum air tersebut. 

Semakan di kamera litar tertutup (CCTV) pihak pengurusan akhirnya menemui jawapan di mana antara tempoh Jun 2017 dan Julai 2018, Lin dilihat di tangki air tersebut untuk kencing dan membuang air besar serta mandi di dalam tangki air tersebut. 


Pihak berkuasa kemudian mengambil sampel air tersebut untuk diuji dan keputusan menunjukkan kandungan air itu mengandungi ammonia pada kadar yang sangat tinggi. 

Apabila penduduk berdepan dengan Lin mengenai perkara itu, Lin berkata, "Korang bernasib baik yang korang tak mati selepas minum air tu," katanya. 

Dengan bukti video itu, pihak pengurusan bangunan menghubungi polis. Lin kemudian didakwa di mahkamah dan mendapati bukan itu sahaja yang dilakukan oleh Lin, malah dia turut merosakkan lif dan paip air sekitar tahun 2018. 

Namun, Lin mempertahankan dirinya dengan mendakwa minum air yang dicemari air kencing tidak membahayakan nyawa manusia. 

Hakim tidak bersetuju dengannya kerana tindakan Lin itu boleh memudaratkan kesihatan orang awam, lalu menjatuhkan hukuman penjara 20 bulan dan denda RM21,410. 

Sumber: Asia One

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram