Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) 'Semua benda tu aku dah beli la, ingat aku bodoh sangat ke?' - Polis buru lelaki rosakkan barangan Family Mart

0

Viral di media sosial semalam video seorang lelaki merosakkan beberapa barangan dalam sebuah kedai Family Mart, mengundang kemarahan netizen. 

Video tersebut dipercayai dirakam di sebuah cawangan Family Mart di Mesamall, Nilai, Negeri Sembilan. 

Berdasarkan video tersebut, lelaki terbabit menggoncang, memicit beberapa produk makanan di rak sambil dirakam oleh rakannya. Malah, mereka turut membuka botol minuman untuk diminum kemudian diletakkan semula di rak tersebut. 



Netizen menyelar tindakan lelaki terbabit yang dilabelkan sebagai bodoh dan tidak bertamadun. 







Belum sempat dikecam netizen, lelaki itu pula tampil membuat penjelasan melalui Instagram @luqbubbles atau Luqman Hakeem. 

"Korang jangan main cakap, kaji dulu sebelum bercakap. Apa yang aku buat semua tu, semua benda tu aku dah beli la. Aku ambil balik la. Eii korang...! Aku dah beli, aku dah beli. 

"Aku tak bodoh lagi nak pergi jadi vandalism. Orang pun beratur ramai-ramai, ingat aku bodoh sangat ke? Aku ada otak," katanya sambil rakannya menambah terdapat banyak kamera litar tertutup (CCTV) di dalam premis tersebut. 



Bagaimanapun, pengurus premis tersebut membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan mendakwa pihaknya mengalami kerugian sebanyak RM30. 

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, pengurus premis itu mendakwa lelaki itu telah merosakkan barang makanan dan minuman dengan senjaga. 

Bertindak di atas laporan itu, polis kini sedang giat mengesan suspek untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. 

Semakan mendapati, Lukman Hakeem telah menyahaktifkan akaun Instagramnya. 

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram