(Video) 'Tak pernah lagi sesiapa datang di lorong ini beri nasihat' - Kehadiran Ustaz Ebit Lew buat 'wanita-wanita lorong' sebak & terharu


Hidup ini tidak selalunya indah, ada yang terpaksa memilih jalan yang salah untuk menyara kehidupan yang lebih baik. Walaupun tahu akan risiko jalan yang dipilih, demi kerana sesuap nasi dan juga tanggungan, ada individu yang sanggup melakukan apa sahaja biarpun ke lorong hitam.

Ustaz Ebit Lew bukan seorang pendakwah yang asing lagi. Cara dakwahnya disenangi ramai. Kisah yang dikongsikannya ketika bertemu dengan 'wanita-wanita lorong’diangkat oleh netizen sebagai ‘Ustaz Adam’yang sebenar. Kedatangan Ustaz Ebit Lew  ke sana juga disambut oleh mereka dengan ucapan terima kasih tanpa henti.

12 MALAM tadi terus pergi ke lorong-lorong jumpa transgender/maknyah dan wanita-wanita kerja lorong. Menangis selepas jumpa mereka. Tak berhenti mereka cakap terima kasih datang. Tak pernah lagi sesiapa datang di lorong ini beri nasihat. Itu paling buat saya sebak dihati. 

Sebak menangis bila dapat jumpa saudara yang baik yang diuji dalam kehidupan. Ada seorang ni mula kerja lorong dari umur 11 tahun lagi untuk sara dan bantu keluarga adik beradik sehinggalah hari ini. Menangis saya dengar. Ada dari 14 tahun dan 15 tahun. Saya peluk transgender maknyah, mereka terharu sebak. Tak peluk wanita. 

Mereka bawa saya ziarah semua wanita dan transgender yang kerja lorong. Banyak soalan mereka. Saya sedih tengok tempat kerja mereka. Bilik panas dan sempit. Ada yang yang tadi belajar solat dan lain-lain. Bila mereka tekun dengar nasihat. Ramai tinggal tempat kerja mereka sedangkan malam ini malam minggu ramai orang. Mereka terus ikut dan banyak dapat berbual dengan mereka. Mereka sedar jelas halal dan haram.

Ada seorang kakak ini dah lama kerja ini. Suami dah tak ada. Dari 13 tahun sampai sekarang kerja lorong. Anak 3 orang belajar Mesir. Bila anak minta duit dia bagi dan anaknya tak tahu kerja maknya. Dia seorang diri besarkan anaknya. Saya doakannya dapat keluar dari kerja semua ini dan anaknya dapat bantu ibunya. Sedih menangis kakak tu.

Mereka kadang-kadang menangis seorang diri, kuat berdoa meminta Allah beri kekuatan dalam perjalanan menjadi hamba Allah dan rindukan keluarga.

Pohon doa nak teruskan program 3 hari Motivasi untuk mereka semua. Hari tu ramai dari seluruh Malaysia datang sukarela nak belajar solat dan semuanya selama 3 hari 2 malam saya buat di Port Dickson. Mereka azam nak ikut bersama. Pohon doa semua yer buat saya dan mereka semua dan semua manusia didunia ini. Supaya kita semua sama-sama disayangi Allah dan diampuninya. Ya Allah diriku mengadu betapa lemahnya dan kekurangan dalam dakwahku. Maafkanlah diriku. Mereka semua baik-baik.
Pengguna di Twitter juga berasa kagum dengan usaha dakwah yang ditonjolkan oleh Ustaz Ebit Lew.

"Tak pernah lagi ada sesiapa datang di lorong ini beri nasihat. Itu paling buat saya sebak dihati Terima kasih Ustaz. You are a gem. As a Muslim, we definitely need to do better," kata Sakinah Alhabshee

"Kita tak sedar sebenarnya diorang ni dahagakan tarbiah. Diorang perlukan bimbingan. Mungkin salah kita terlalu memandang hina dekat golongan macam ni. Maafkan kami," kata Irfnz_

"Saya yang bukan Islam pun suka dengan cara Ustaz Ebit Lew berdakwah, termasuk cara dia approach golongan ini- lembut dan penuh kasih sayang, bukan dengan cara keras mahupun menghina seolah-olah mereka ni jijik di mata sesetengah kita dan ustaz. Semoga wujud lebih ramai lagi ustaz sebegini," kata Crystal22211