Aaisyah tak heran dengan mainan Toys "R" Us, lebih gemar dengan barang kemas - Rozita


Baru-baru ini, pelakon Rozita Che Wan berkongsi mengenai minat anaknya kepada barang kemas berbanding kanak-kanak seusianya yang lebih gemar pada mainan. 

Menurut Rozita, ketika dia membawa Aaisyah ke kedai mainan popular, Toys "R" Us, anaknya tidak hairan dengan mainan yang dijual di premis itu. 

"Bawa dia pergi Toys "R" Us, tak heqan (hairan) pun nak beli apa. Dia ikut kami p Habib Jewel. Dia qeyau (keriau) nak qantai (rantai). Tak boleh keqap-keqap (kerap-kerap) bawa dia p Habib Jewel. 

"By the way, kesukaan budak-budak bukan kita yang mengajar. Dia suka, dia minat, dia mau apa yang dia nampak depan mata. 

"Kalau dah celik mata nampak mak dia pakai gelang sampai ke siku, subang sampai ke bahu, memang itu yang dia mau. 

"So please tak payah nak komen macam-macam. Orang lain cara pun lain. Jangan ingat orang lain pun macam kita. Cara masing-masing berbeza. Tak dak benda nak komen, simpan jari tu," katanya. 
Sementara itu di ruangan komen, netizen memberi pelbagai reaksi mereka.