Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Adik pukul abang kerana biadap dengan ibu, namun maut di tangan abang

0

Seorang lelaki berusia 35 tahun maut selepas dipukul abangnya dalam pergaduhan yang berlaku di hadapan kedai makan di Pengkalan Bharu, Pantai Remis, Manjung, semalam. 

Dalam kejadian jam 11.40 malam itu, mangsa, Hussain Mai Din, 35, maut di lokasi kejadian. 

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan itu berpunca daripada mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai terdengar abangnya bercakap kasar terhadap ibu mereka. 

Difahamkan, suspek dan ibunya bertengkar mengenai bil elektrik kedai makan yang tertunggak.

"Mangsa yang terdengar percakapan kasar si abang terhadap ibu, terus datang dan memukul lelaki berkenaan yang ketika itu sedang mengemas dapur kedai makan. 

"Akibatnya, dua beradik itu bergaduh sehingga ke bahagian luar kedai sebelum mangsa ditemui terbaring dalam keadaan kepalanya berlumuran darah. 

"Ibu mangsa juga mengalami kecederaan ketika cuba meleraikan pergaduhan itu dan menerima rawatan di klinik kesihatan. Manakala suspek juga turut cedera," katanya. 

Mangsa masih dalam keadaan separuh sedar ketika anggota polis tiba di tempat kejadian sambil terbaring di lantai kaki lima kedai. Tetapi tidak lama selepas itu, pegawai perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. 

Polis menemui kesan kecederaan di kepala mangsa dipercayai akibat kesan tetakan atau tikaman senjata tajam. Suspek telah ditahan untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram