Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Berang anak menangis, cucu tumbuk nenek

0

Berang mendengar anaknya menangis, seorang lelaki tergamak menampar dan menumbuk muka neneknya kepada isterinya sehingga mengalami kecederaan teruk. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6 pagi di Kampung Hilir, Batang Melaka, Jasin, semalam, mangsa berusia 69 mengalami kecederaan di dahi dan kedua-dua matanya mengalami pendarahan dalaman. 

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, sebelum kejadian itu berlaku, cucu mangsa pergi ke bilik air dan meninggalkan bayi perempuannya berusia lapan bulan kepada mangsa. 

Suspek yang tidak tahan mendengar anaknya menangis, terus memaki hamun mangsa dengan kata-kata kesat sebelum menampar dan menumbuk mukanya sehingga rebah. 

Suspek kemudian melarikan diri dengan membawa isteri dan anaknya, 

Siasatan polis mendapati, suspek tidak bekerja dan menumpang di rumah mangsa. Kehidupan mereka juga ditanggung oleh warga emas berkenaan yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah sekolah agama. 

Hasil tindakan pantas polis, suspek berjaya ditahan pada jam 11 malam tadi di Bachang. Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah dipercayai methamphetamine. 

Selain itu, suspek juga mempunyai dua rekod dadah yang membabitkan kes dadah, kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. 

Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram