Dua beradik serang guru ditahan


Susulan tindakan dua lelaki yang cuba mengancam keselamatan seorang guru di sebuah sekolah menengah di Bachok, Sabtu lalu, polis telah menahan dua suspek terbabit masing-masing berusia 30 dan 42 tahun. 

Ketua Polis Daerah Bachok, Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, dua beradik terbabit ditahan di IPD Bachok pada jam 5.15 petang tadi selepas mereka datang ke IPD Bachok dan akan direman mulai esok untuk membantu siasatan. 

"Mereka (suspek) datang ke IPD Bachok dan tangkapan dibuat berkait siasatan kes yang berlaku di SMK Sri Gunong, Bachok," katanya. 

Terdahulu, video kejadian itu viral di media sosial dan difahamkankan, salah seorang suspek yang juga waris kepada pelajar sekolah yang digantung, tidak berpuas hati dengan mangsa yang didakwa menyebut isterinya 'babi'. 

Dua suspek terbabit cuba mengheret mangsa ke luar kawasan sekolah bagi menyelesaikan masalah, namun tidak berjaya berikutan mangsa melawan. 

Mangsa cuba menjelaskan bahawa apa yang berlaku hanyalah salah faham sahaja, malangnya dua suspek itu enggan menerima dan berkeras mengajak guru itu keluar dari kawasan sekolah. 

Sumber: MalaysiaKini

LAPORAN BERKAITAN