Isteri ditahan kerana menggenggam kemaluan suaminya terlalu kuat & tanpa izin


Seorang wanita dari Florida ditahan kerana didakwa menggenggam kemaluan suaminya dengan begitu kuat sehingga menyebabkan mangsa senak dan menghadapi masalah sukar untuk berjalan. 

Anastacia Tashch, 44, didakwa melakukan keganasan domestik dalam kejadian yang berlaku pada Isnin lalu di rumah mereka di Tampa. 

Menurut mangsa, Tasch menggenggam kemaluannya ketika dia sedang tidur di sofa sekitar jam 5.30 pagi. 

"Tanpa provokasi atau keizinan, Tasch datang dan terus menggenggam kemaluannya," kata sumber. 

Mangsa kemudian menghubungi polis dan Tasch mengakui berbuat demikian tanpa kebenaran suaminya. 

Menurut Tasch, dia menggenggam kemaluan suaminya kerana dia cuba untuk merangsang lelaki itu sebelum melakukan hubungan intim. 

Difahamkan, pasangan itu mempunyai dua orang anak. 

Sumber: New York Post