Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Semua aktiviti anak dalam handphone saya boleh monitor' - Wanita ini kongsikan apps Google Family Link for Parents

0

Berita mengenai kes seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 12 tahun merogol seorang anak asuhan yang berusia empat tahun, mengejutkan semua pihak. Apabila diselidiki, kanak-kanak tersebut dikatakan terpengaruh melalui gajet.

Melihat kepada situasi ini, seorang wanita berkongsikan satu aplikasi yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk memantau anak-anak yang menggunakan gajet. Melalui aplikasi tersebut, ibu bapa juga dapat mengetahui lokasi anak-anak berada.

TERKEJUT dengar berita budak 12 tahun merogol anak asuhan. Ya Allah lindungilah anak-anak kami semua. Dari berita itu kata, semua itu pengaruh gadget. Yelah kan zaman sekarang semua di hujung jari, cari saja apa, tekan saja apa share saja apa semua keluar. 

Maybe ada yang dah tahu aplikasi ini tetapi yang belum tahu, harap dapat membantu. Aplikasi ini saya install dah lama juga untuk monitor setiap pergerakan kegunaan handphone si kakak. 


Yup, kakak ada handphone sendiri dan handphone dia memang saya pasangkan line so unlimited internet dan call supaya dia senang nak call family member, selain kegunaan untuk kerja sekolah. 

Tapi semua ada limit. So saya install aplikasi ni Family link. Melalui aplikasi ini, saya boleh monitor apa yang kakak sedang buat. Contoh dia tengah online ke, dia tengah tengok YouTube ke, tengok game ke apa ke, semua saya boleh tahu. 



Berapa lama dia tengok dan last dia online semua saya tahu. Dan paling penting saya tahu lokasi handphonenya berada di mana. Tak kisah saya tengah kerja, dia di rumah semua saya boleh monitor sebabnya ada notifiication. 

Dan di aplikasi ini juga saya kawal penggunaannya. So saya akan set masa ikut saya. So sampai masa handphone ini akan terpadam sendiri dan dia tak boleh tekan mana-mana button melainkan call sahaja. Kalau dia perlu buka handphone juga, perlukan nombor kod daripada handphone saya.                                   


UPDATE:

1) Aplikasi ini perlu di install kat telefon parent yang nak monitor itu dan juga handphone anak anda ye. Nanti aplikasi ini akan minta email bagai so ikut sahaja arahan yang diberikan. 

2) Anak nak uninstall, biarlah sebab tak boleh pun. Kalau handphone si ibu atau bapa uninstall pun masih boleh install balik dan monitor anak macam biasa balik melainkan parent tu tekan STOP SUPERVISION. 

3) Kita boleh kawal dan set untuk tontonan movie umum sehingga 18sg atau 18sx. Game pun boleh kawal. 

4) Semua kawalan/perubahan adalah hanya boleh dilakukan di handphone si ibu/bapa sahaja. 

Selamat mencuba.

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram