'Serious la spender pun nak riak? Bila netizen kecam, menangis' - Netizen kecam Aliff Syukri tak hormat hari Jumaat


Lapan jam yang lalu, usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri memuat naik gambar seluar dalamnya di Instagram dan mendakwa ia atas permintaan orang ramai. 

"Ramai orang suruh saya tunjuk spender saya hari ini. Saya pakai seluar dalam versace hasil perniagaan AS Legacy Malaysia. Syukur saya mampu beli apa sahaja hasil bisnes online saya. 

"Dulu saya pakai spender 3 helai RM10 saja. Tapi kali ini spender ini kainnya sejuk dan selesa," katanya. 
Namun tindakannya itu membuatkan netizen menyampah dan mula mengecam di ruangan komen. 

Ibunya, Rozita Ibrahim dan beberapa selebriti turut meninggalkan komen.