'Tiap malam bila nak tidur, rasa ada benda merayap & gatalnya takleh brain' - Akibat tak berselipar, kaki akak ni dijadi sarang cacing


Ngeri dan geli melihat keadaan kaki wanita ini yang menjadi tempat tinggal cacing akibat bermain di pantai tanpa memakai selipar. 

Semoga menjadi peringatan kepada kita semua. Bukan sahaja di pantai, malah di mana-mana pun, tolong pakai alas kaki. 

INI susulan kes akak. Akak nak kongsi dengan korang semua. Kalau nak pergi mandi di pantai, pergilah beli kasut untuk digunakan di pantai tu. Senang cerita, janji beralas. 

Nak dijadikan cerita, akak ada pergi ke Port Dickson, seminggu selepas raya dan sudah tentu la mandi buka selipar semua sebab galak main pasir dan mandi laut. Memang tak terfikir dek akal nak jadi macam ni. 

Mula-mula hanya ada gelembung macam belon kecil saja. Akak ingat disebabkan melecet ke apa ke kan. Beberapa hari selepas balik itu, tiba-tiba ada line macam tu. So akak anggap itu mungkin urat atau apa-apa, lalu buat tak tahu. Cuma urut-urut saja dan memang tak ada rasa sakit. 

Tetapi setiap malam bila akak nak tidur, memang rasa ada benda merayap-rayap di kaki dan kadang-kadang gatal yang tak boleh brain kegatalan dia. 

Sejak dua hari lepas ia menjadi semakin teruk. So sebab dok baca dan semua dah membebel, makanya akak pun pergilah ke hospital. 

Doktor diagnose cutaneous larva migrans. Dah jadi kaum nomad dok berjalan satu kaki. Bengkak itu sebab dah kena infeksi sampai terasa bisanya bila nak melangkah. 


Doktor bagi tempoh satu minggu untuk matikan cacing itu dan kalau tak ok, kena terus jumpa pakar kulit untuk keluarkan benda alah itu. 

Doakan cacing itu mati cepat ye sebab akak tak tahan dan terasa macam dia sedang berzumba dalam kaki. Hahahaha! Adoi tetiba rasa kelakar pula dapat penyakit macam ni. 

Moral of the story, always pakai alas kaki. Walaupun nak driving, mohon pakai sebab kita tak tahu apa yang kita pijak. Sekian terima kasih. 

Sumber: Nurul Ezzatul