'Tolong, gigi gear tersangkut di anu'


20 minit, itulah tempoh bagi pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Kuala Krai untuk mengeluarkan gigi gear yang tersekat pada kemaluan seorang lelaki. 

Ketua BBP Kuala Krai, Muhammad Rizwan Ar-Rafee Parsimin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.14 petang dari seorang lelaki di Sungai Durian. 

Tiga pegawai bersama lima anggota dikerahkan ke lokasi kejadian. 

Sebaik tiba di lokasi, mereka mendapati gigi gear terlekat di kemaluan mangsa, lalu dibawa ke Hospital Kuala Krai. 

Dengan kerjasama pihak hospital, bomba berjaya mengeluarkan gear tersebut menggunakan alat pemotong khas. 

Mangsa berusia 34 tahun tidak mengalami kecederaan dan dibenarkan pulang. 

Sumber: Harian Metro