(Video) Satu keluarga sedang beristirehat di rumah terkejut didatangi 4 perompak


Viral di media sosial sejak petang tadi, klip video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan satu keluarga yang sedang beristirehat di rumah didatangi keluar sekumpulan perompak bersenjatakan parang. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9 malam di Kota Kemuning, Shah Alam, sebanyak tiga suspek bersenjatakan parang masuk ke rumah itu dan mengarahkan kesemua mangsa duduk di dapur. 

Suspek yang memakai topeng penutup muka juga merampas telefon bimbit salah seorang dari mangsa. 

Ketika kejadian itu berlaku, tujuh orang dewasa dan seorang kanak-kanak berada di dalam rumah tersebut. 

Salah seorang suspek mengawasi kesemua mangsa, sementara rakannya yang lain mengeledah rumah tersebut. 

Berdasarkan klip video lain pula menunjukkan sekumpulan perompak itu datang menaiki kereta BMW berwarna putih dengan nombor pendaftaran WRM7500, sebelum memanjat tembok rumah. 


Difahamkan, itu bukan kali pertama kejadian itu berlaku dan dipercayai kumpulan yang sama turut bermaharajalela di sekitar kawasan Selangor termasuk Subang Jaya. 

Sumber: World of Buzz