(Video) 'Siapa tiru siapa ni? Kes berat ni' - Netizen dakwa iklan promosi Gmarket ditiru founder slimming produk lokal


"Siapa tiru siapa ni? Kes berat ni. Copyright infringement ni," demikian tweet @aku_penting di Twitternya pada 6 Julai lalu. 

Berdasarkan video itu, iklan asal yang mempromosi laman Gmarket, sebuah laman yang mirip seperti eBay, menunjukkan lagu promosi itu dinyanyikan oleh Heechul (Super Junior) dan Seolhyun (AOA). 

Bagaimanapun, netizen mendakwa pengasas produk lokal itu telah meniru iklan tersebut dengan jelas dan nyata. 
@aku_penting juga telah menghantar aduan terhadap pihak Gmarket dan memohon pihak berkenaan mengambil tindakan sekiranya dakwaan plagiat itu benar. 

Pihak Gmarket mengambil maklum mengenai aduan itu dan akan memanjangkan aduan tersebut kepada pihak pemasarannya. 



REAKSI NETIZEN











Sumber: @aku_penting