(Video) Suspek pecah tingkap kereta, samun beg tangan mangsa


Seorang pemandu wanita yang berhenti di persimpangan lampu isyarat di Setapak, disamun oleh dua lelaki bermotosikal pada jam 9.37 pagi Selasa lalu.

Difahamkan, mangsa ketika itu dalam perjalanan pergi ke klinik bersama dengan bayinya. 

Mangsa kemudian meletakkan anaknya pada kerusi bayi di tempat duduk penumpang hadapan bersama dengan beg tangannya. 

Ketika sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau, tiba-tiba datang dua suspek bermotosikal memecahkan cermin sebelum membawa lari beg tangannya. 

Mangsa yang terkejut dan tergamam tidak mampu melakukan apa-apa selain memandang suspek melarikan beg tangannya.  

Kejadian itu turut dirakam oleh 'dashcam' yang menunjukkan wajah suspek terbabit dengan begitu jelas sekali. 



Polis yang menerima laporan mengenai kejadian itu berkata, mangsa mengalami kerugian kira-kira RM2,000 termasuk beberapa dokumen peribadinya. 

Polis kini sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana menyamun. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua suspek terbabit untuk tampil menghubungi atau berkongsi maklumat berhubung kejadian itu.