Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Wanita hamil koma & keguguran ketika diurut kaki di Thailand, meninggal dunia selepas 6 bulan kemudian

0

Seorang wanita hamil meninggal dunia selepas koma selama enam bulan ketika dia mendapatkan khidmat urut kaki di Thailand. 

Wirawan Kedkesri, 25, sebelum itu berkunjung ke sebuah kedai di Chiang Mai, utara Thailand pada 11 Januari untuk mendapatkan khidmat urut kaki tetapi tidak sedarkan diri secara tiba-tiba ketika diurut. 

Penari dan model sambilan itu dikejarkan ke hospital, tetapi disahkan mengalami strok dan serangan jantung ketika dalam perjalanan yang menyebabkan dia keguguran. 

Wirawan mengalami koma dan terpaksa bergantung pada mesin bantuan hayat sejak dari hari kejadian. Anak lelakinya berusia lima tahun, Nong, bersama dengan ahli keluarga lain sentiasa menjaganya sepanjang tempoh itu. 

Bapa saudaranya, Chaiwat Khamya berkata, minggu lalu tiada harapan untuk Wirawan kembali pulih memandangkan tiada perkembangan positif setelah koma selama enam bulan. 

Wirawan disahkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang, Jumaat, selepas mesin bantuan hayat dimatikan sambil disaksikan oleh ahli keluarganya. 

"Wirawan tidak menunjukkan sebagai tanda untuk sedar selepas keguguran dan sudah enam bulan berlalu. Sukar untuk membuat keputusan ini tetapi yang pasti dia sudah tenang sekarang," katanya. 

Sementara itu, pegawai polis dari Balai Phu Ping berkata, pihaknya akan mendakwa tukang urut terbabit. 

"Januari lalu, tukang urut itu telah didakwa kerana cuai sehingga mencederakan pelanggannya.

"Pihak kami sedang mengumpul dokumen perubatan sebagai bukti sebelum mendakwa tukang urang wanita itu," kata Leftenan Kolonel Amornchai Trangcharakul. 


Tambahnya, kakitangan di premis berkenaan tidak sepatutnya memberikan khidmat urut kepada Wirawan yang hamil kerana ia berisiko. 

Video rakaman CCTV menunjukkan mangsa datang ke kedai itu untuk berurut tetapi tidak sedarkan diri secara tiba-tiba. Kakitangan di premis itu cuba memberi bantuan pernafasan sebelum dikejarkan ke hospital di mana mangsa disahkan mengalami strok dan serangan jantung. 

Pengarah Jabatan Perubatan Tradisional dan Alternatif Thailand, Marut Jitchedsiri berkata, khidmat urutan pada wanita hamil sepatutnya dilakukan oleh tukang urut yang pakar sahaja.

"Dalam kes Wirawan, kami akan siasat sama ada tukang urut terbabit adalah pakar atau sebaliknya. Ini kerana tukang urut yang berkepakaran mempunyai kebolehan untuk mengetahui keadaan pelanggan boleh diurut ataupun tidak," katanya. 

Sumber: Mirror

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram