Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Aku bunuh kau!' - Dendam abang pada adik sejak lahir, berakhir dengan kematian

0

Kata orang, hubungan adik beradik sukar dileraikan kerana ikatan yang kuat. Tetapi ikatan tersebut akan goyah juga akhirnya bila salah seorang punyai sikap yang negatif. Lantaran itu, ada sahaja kes-kes pergaduhan yang dilaporkan sehingga melibatkan kes pembunuhan.

Satu bebenang dikongsikan mengenai kes pembunuhan melibatkan dua orang adik beradik yang berlaku di Penampang, Sabah. Apa yang mengejutkan, suspek didapati tidak bersalah. Suspek dibebaskan setelah didapati dia cuba melindungi dirinya dari kekejaman mangsa.

AIR yang tenang jangan disangka tiada buaya - itulah perumpamaan yang sesuai buat seorang lelaki yang telah dituduh membunuh darah dagingnya sendiri. Perselisihan faham yang setelah sekian lama terpendam, akhirnya membawa kepada kematian mangsa. Namun adakah dia sengaja membunuh?

1. Seorang ayah yang sedang lena diulit mimpi dalam kamarnya di tingkat atas sebuah rumah teres sekitar jam 4 petang pada 30 Mac 2010, tiba-tiba sahaja dikejutkan dengan bunyi bising seperti sedang berlaku satu perbalahan di tingkat bawah rumahnya.

2. Rumah yang terletak di Jalan Bundusan, Penampang, Sabah itu bertukar kecoh dan gamat. Si ayah mengenali suara yang sedang bertengkar itu yakni suara dua orang anak lelaki kesayangannya. Suara si anak lelaki sulung (mangsa) jelas kedengaran menjerit "Aku bunuh kau!".

3. Ketika itu juga, si ayah turut mendengar satu lagi suara milik anak lelakinya (suspek) yang seolah-olah sedang merayu "tolong jangan bunuh aku, tolong!" demi menyelamatkan nyawanya. Terkejut akan situasi itu, si ayah melompat bangun dari katilnya dan berlari ke tingkat bawah.

4. Namun pemandangan yang dilihat di ruang tamu rumahnya itu hampir membuat si ayah pengsan kerana terkejut dan tidak percaya. Kedua anak lelakinya terbaring tidak bergerak dan berlumuran darah. Si ayah mengumpul sekuat tenaga untuk pergi melihat dengan lebih dekat.

5. Ditanya berulang kali kepada keduanya "Apa dah jadi ni? Bangunlah!" ratap si ayah dalam tangisan hiba. Namun kedua anaknya diam membisu. Terdapat banyak kesan luka di seluruh tubuh keduanya. Si ayah mendapati ada dua bilah pisau yang satunya masih dalam tangan suspek.

6. Si ayah percaya kedua-dua bilah pisau itu adalah milik suspek-satu pisau dapur dan satu lagi pisau 'Bajau Kota Belud'. Secara tiba tiba, suspek telah bangun dan mula menangis, menjerit dan ketawa seperti orang kehilangan akal. Suspek juga seolah-olah tidak mengenali si ayah.

7. Si ayah yang sedang menangis teresak-esak memangkul anak lelaki sulung kesayangannya dan cuba untuk menghubungi ambulans namun tidak berjawab. Dia kemudian menghubungi isterinya dan memintanya untuk membuat panggilan kecemasan dan pulang segera ke rumah.

8. Tak lama kemudian, pihak polis serta ambulans tiba dan terus membawa si mati dan suspek ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Siasatan polis segera dibuka dan selang beberapa hari, suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan bawah Seksyen 302 kerana membunuh.

Seterusnya adalah sesi soal balas saksi semasa kes pendakwaan. Antara saksi yang dipanggil adalah ayah dan juga ibu kepada mangsa dan suspek.

9. Si ayah yang merupakan saksi utama pendakwaan telah memberitahu mahkamah bahawa dia hanya mempunyai dua orang anak iaitu suspek dan mangsa. Semasa kejadian, mangsa dikatakan bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-26 dan suspek pula berusia 23 tahun.

10. Mangsa juga dikatakan sedang dalam semester akhir bagi menamatkan pengajian ijazah sarjana muda di sebuah universiti awam di Sabah manakala suspek pula baru saja menamatkan diploma dalam bidang pengurusan perniagaan dan bakal melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur.

11. Semasa disoal balas, si ayah mengakui bahawa mangsa telah menyimpan dendam dan benci kepada suspek sejak suspek masih kecil lagi. Mangsa dikatakan sering merayu kepada si ayah dan ibunya untuk membuang saja suspek kerana mangsa tidak suka melihat suspek di rumah mereka.

12. Hubungan mereka menjadi makin parah sejak tiga tahun kebelakangan sebelum kejadian apabila mereka sering bergaduh secara fizikal. Masih segar dalam ingatan si ayah apabila pada November 2009, mangsa telah mencederakan suspek hingga suspek terpaksa dibawa ke hospital.

13. Tidak ragu lagi, hubungan yang tegang antara keduanya telah memuncak pada hari kejadian. Seterusnya si ayah telah diminta oleh pihak pendakwaan untuk memberitahu kepada mahkamah akan peribadi suspek dan juga mangsa.

14. Menurut si ayah, mangsa secara fitrahnya adalah lebih kuat dan dominan. Mangsa sering bertindak agresif dan menggunakan kekerasan jika kemahuannya tidak dituruti. Walaubagaimanapun, suspek pula memiliki sifat yang jauh berbeza-berbadan lebih kecil, pendiam dan sering mengalah

15. Si ayah turut menceritakan kepada mahkamah bahawa sifat pemarah mangsa jelas terlihat apabila dia sering memukul anjing peliharaannya jika anjing tersebut tidak menurut kata. Mangsa sering mengikat anjing itu di pokok dan menembaknya menggunakan 'water gun'.

16. Selain itu, mangsa juga pernah dilihat membakar beberapa helai kertas surat khabar dan meletakkannya di badan anjing peliharaan di rumah mereka. Mangsa juga sering menggunakan batang besi atau rotan dan memukul anjing malang tersebut.

17. Semasa ibu mangsa dan suspek disoal dalam kandang saksi, dia telah memaklumkan bahawa suspek sangat teruja untuk menyambung pelajaran di Kuala Lumpur. Suspek juga telah membeli sebuah bagasi besar dan komputer riba baru untuk di bawa ke tempat pengajian baru.

18. Apabila ditanya tentang penerimaan mangsa terhadap niat suspek untuk menyambung pelajaran, si ibu telah memberitahu bahawa mangsa sangat marah dan tidak berkenan dengan perkara itu. Mangsa sering memujuk dirinya dan si ayah agar tidak menghantar suspek ke Kuala Lumpur.

19. Bukan itu sahaja, mangsa dikatakan sering menuduh si ibu bersikap diskriminasi dan pilih kasih terhadap suspek. Mangsa juga selalu merungut tentang keputusan ibu dan ayahnya yang tidak mahu menghantar mangsa ke luar negeri semasa mangsa hendak melanjutkan pelajaran dahulu.

20. Si ibu turut mendedahkan bahawa semasa suspek dilahirkan, dia telah membawa pulang suspek ke rumah dan sebaik melihat suspek yang ketika itu baru berusia beberapa hari, mangsa telah mengarahkan agar si ibu membuang suspek ke dalam longkang.

21. Semasa membesar, suspek sering bertanya kepada orang tuanya mengapa mangsa begitu benci kepada dirinya. Suspek dikatakan sering mengalah dan redha jika dipukul mangsa kerana menurut si ibu, suspek pernah memberitahu bahawa walau apa tindakan mangsa, dia tetap menyayanginya.

22. Si ibu turut memberi testimoni kepada pihak pendakwaan bahawa setiap kali suspek dipukul, suspek tidak pernah membalas balik kerana mangsa adalah lebih ganas dan panas baran. Setiap kali pergaduhan, suspek akan masuk ke biliknya dan mengurungkan diri.

23. Semasa akhir kes pendakwaan, mahkamah menggunapakai prinsip penilaian maksima (maximal evaluation) bagi menentukan sama ada terdapat prima facie kes atau tidak. Memandangkan tiada saksi mata yang melihat, mahkamah bergantung kepada bukti keadaan (circumstantial evidence).

24. Bersandarkan kepada penceritaan si ayah dan juga terdapatnya senjata pada tangan suspek semasa kejadian, mahkamah bersetuju bahawa sememangnya suspek yang telah membunuh mangsa. Tikaman oleh suspek telah menyebabkan kecederaan serius di jantung mangsa. Prima facie dibuktikan.

Seterusnya adalah semasa sesi kes pembelaan (defence case). Suspek telah memilih untuk memberi kenyataan bersumpah.

25. Menurut suspek, sehari sebelum kejadian mangsa telah bersemuka dengannya di rumah. Mangsa menyuruh suspek untuk menyambung pelajaran di Kota Kinabalu sahaja. Mangsa memaksa suspek untuk memberitahu kedua orang tua mereka bahawa suspek tidak jadi ke Kuala Lumpur.

26. Suspek dengan lemah lembut telah memberitahu mangsa bahawa telah menjadi cita-citanya buat sekian lama untuk belajar di Kuala Lumpur. Tambahan pula, keputusan itu telah dibuat sendiri oleh si ayah. Suspek sangat terkejut akan penentangan mangsa ke atas keputusan tersebut.

27. Semasa hari kejadian, suspek sedang menonton TV dan tiba tiba mangsa datang bertanya kepadanya sama ada dia telah memberitahu kedua orang tua mereka bahawa suspek tidak jadi ke Kuala Lumpur. Suspek memberitahu mangsa bahawa tiada sebab untuk dia berbuat demikian.

28. Mangsa kemudian dilihat telah beredar dari ruang tamu. Namun secara tiba tiba, suspek memberitahu mahkamah bahawa ketika dia sedang duduk di atas sofa, dia merasakan ada seseorang telah mencekiknya secara kuat dari belakang.

29. Suspek tidak dapat melihat wajah orang itu namun dia sedar orang itu memakai sarung tangan dan tangan sebelahnya sedang memegang pisau. Suspek memberitahu bahawa dia sangat terkejut, takut dan panik. Dia cuba untuk melawan namun terluka semasa sedang membela diri.

30. Suspek kemudian mendengar orang tersebut menjerit "Aku bunuh kau!". Suspek kemudian melihat wajah orang itu adalah mangsa. Dia merayu kepada mangsa agar dilepaskan. Suspek cuba untuk lari namun dikejar mangsa. Semasa kejar mengejar itu, mangsa terus menjerit "Aku bunuh kau!"

31. Semasa ditanya oleh peguambela akan perasaan suspek ketika insiden itu, suspek memberitahu dia hanya memikirkan keselamatan dirinya. Tindakan suspek ketika itu hanyalah untuk membela diri dan tiada niat untuk membunuh mangsa.

32. Semasa pergelutan antara kedua mereka, suspek telah berjaya merampas pisau dari tangan mangsa. Namun malangnya, mangsa terus menyerang suspek dengan agresif dan akibatnya, suspek telah menikam mangsa di bahagian dadanya hingga membawa kepada kematian mangsa.

33. Semasa perbicaraan, pihak peguambela telah menggunapakai Seksyen 96 Kanun Keseksaan iaitu hak untuk membela diri (right to self defence) sebagai alasan untuk melindungi suspek. Mahkamah telah merujuk kepada kes Musa Bin Yusof bagi menilai sejauh mana hak ini dibenarkan.

34. Menurut mahkamah di dalam kes Musa, prinsip membela diri hanya terguna pakai apabila semasa pergelutan, suspek cuba sedaya upaya untuk membebaskan diri dari ancaman dan perlakuan jenayah yang dituduh ke atas dirinya merupakan satu satunya jalan untuk menyelamatkan diri.

35. Hak membela diri boleh digunakan selagi mana diri dan nyawa seseorang itu terasa terancam. Seksyen 100 hendaklah dibaca bersama dimana, hak membela diri ada hadnya seperti bawah Seksyen 99 dan jika tidak membela diri, tindakan ancaman ke atas dirinya pasti membawa maut.

36. Menurut mahkamah, di dalam kes ini jelas menunjukkan bahawa kedua bilah pisau yang ditemui di tempat kejadian telah digunakan oleh mangsa pada awalnya. Fakta sehari sebelum kejadian menunjukkan mangsa telah merasa marah pada suspek kerana enggan menuruti kehendaknya.

37. Mahkamah berpendapat bahawa testimoni daripada kedua orang tua jelas memberitahu kita semua bahawa mangsa menyimpan dendam terhadap suspek dan sikapnya yang selalu agresif itu memang membahayakan. Ini membuktikan mangsa mempunyai niat mendatangkan cedera parah pada suspek.

38. Mahkamah juga berpendirian bahawa suspek telah bertindak untuk melindungi dirinya sendiri. Kematian mangsa adalah disebabkan oleh sikapnya sendiri yang mendesak keadaan dan juga mengancam adiknya yang jelas mempunyai fizikal yang jauh lebih kecil darinya.

39. Persoalan penting yang mahkamah perlu timbulkan adalah sama ada suspek di dalam kejadian ini telah melampaui batas dalam melindungi dirinya daripada ancaman? Ini adalah penting kerana tindakan balas hendaklah tidak dilakukan secara berlebihan.

40. Pendakwaraya berhujah bahawa tikaman dibuat oleh suspek adalah melampau. Namun mahkamah telah membidas isu ini dan menyatakn bahawa keadaan jelas menunjukkan suspek berada dalam keadaan terkejut apabila dicekik kuat oleh mangsa. Mangsa telah menyerang suspek tanpa amaran.

41. Suspek mempunyai segala hak untuk membela dirinya dari ancaman mangsa dan jika dia tidak melakukan hal tersebut, pasti dirinya yang menjadi korban. Testimoni kedua orang tua juga memberitahu suspek kebiasaannya tidak pernah bertindak ganas.

42. Sepanjang dalam kandang tertuduh, suspek tidak menunjukkan langsung perasaan dendam ke atas mangsa. Suspek sering mengatakan dia rindu akan abangnya dan teringat akan saat manis bersama. Suspek turut beberapa kali mengatakan abangnya tidak sengaja membenci dirinya.

43. Semasa dibawa untuk pemeriksaan di hospital, pakar sakit jiwa telah membuat rumusan bahawa suspek mempunyai ciri-ciri seorang yang mempunyai 'psychogenic amnesia' iaitu stress melampau. Suspek dikatakan sering berada dalam keadaan trauma secara psikologi.

44. Ditanya kenapa suspek ketawa dan menjerit setelah mangsa maut, pakar memberitahu bahawa itu adalah 'part and parcel' tindakan pemulihan setelah mengalami emosi yang terlampau hebat.

45. Oleh yang demikian, di akhir kes pembelaan dan setelah menilai semua keterangan diberikan, suspek akhirnya dibebaskan dari tuduhan membunuh dan tindakan dia adalah selari dengan Seksyen 96 Kanun Keseksaan iaitu membela diri.

Seksyen 96, 97, 98, 99 dan 100 Kanun Keseksaan berkaitan hak untuk membela diri.

Beza 'self-defence' bawah Seksyen 96 dan pengecualian (2) bawah Seksyen 300 Kanun Keseksaan adalah sama ada pesalah itu melampaui batas atau tidak.

Sumber: JatIkhwan

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram