Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Bayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 mulai Rabu ini

0

Pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dikreditkan terus ke akaun bank dengan menggunakan maklumat akaun bank yang digunakan semasa pembayaran fasa kedua sebelum ini, mulai Rabu (28 Ogos).

Menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, pembayaran itu melibatkan peruntukan RM1.23 bilion dan memanfaatkan hampir 3.6 juta penerima BSH.

Perincian nilai BSH 2019 bagi fasa ketiga yang diterima oleh isi rumah yang diluluskan mengikut pendapatan bulanannya adalah RM400 (pendapatan bulanan isi rumah RM2,000 ke bawah); RM300 (pendapatan bulanan isi rumah RM2,001 hingga RM3,000) dan RM100 bagi pendapatan bulanan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000.

Sejumlah RM2.85 bilion telah disalurkan bagi bayaran fasa pertama (Januari 2019) dan kedua (Mei 2019) kepada isi rumah yang diluluskan, termasuk bayaran kadar tambahan RM120 bagi setiap orang anak tanggungan terhad kepada maksimum empat orang anak.

Menurut kenyataan itu, anak tanggungan merujuk kepada anak berumur 18 tahun dan ke bawah dan juga anak orang kurang upaya (OKU) tanpa had umur.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada bsh@treasury.gov.my.

BSH adalah program kerajaan demi kesejahteraan ekonomi rakyat, dengan membantu golongan berpendapatan rendah (B40) meringankan kos sara hidup mereka.

Sumber: Bernama

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram