Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Jangan viralkan gambar/video bendera Malaysia dinaikkan secara terbalik kerana...' - SKMM

0

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan gambar atau video dengan paparan Jalur Gemilang yang dinaikkan secara terbalik, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ia susulan pemerhatian agensi itu yang mendapati terdapat penularan gambar dan video berkaitan, sedangkan ada antara insiden berkenaan yang tidak disengajakan atau telah lama berlaku.

"Bagaimanapun, SKMM tidak menolak kemungkinan bahawa ada pihak-pihak tertentu yang mengubahsuai gambar-gambar berkenaan untuk agenda jahat mereka,” kata SKMM menerusi portal Sebenarnya.my hari ini.

Sehubungan itu, SKMM menasihatkan kepada pengguna media sosial agar tidak menyebarkan gambar-gambar sedemikian, yang boleh menyemai kebencian dan kemarahan orang awam.

SKMM turut menasihati pengguna internet untuk meningkatkan kawalan kendiri ketika mengakses internet dan tidak menggunakan platform berkenaan untuk menyebarkan kandungan-kandungan palsu, jelik, dan menghina yang boleh mengundang kemarahan serta menjejaskan ketenteraman awam. - Bernama

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram