Lelaki mati akibat kerap minum soda setiap hari, paras gula meningkat 20 kali ganda


Seorang lelaki berusia 30 tahun dari Suzhou, China, mula berasa lemah dan dahaga sejak 10 hari lalu yang juga membuatkan dia kerap pergi ke tandas setiap hari dan berat badannya semakin susut. 

Wang, menyangka keadaan yang dialaminya itu disebabkan cuaca panas. Lalu dia minum air berkarbonat untuk membasahkan tekaknya. Namun tiada perubahan, sebaliknya dia berasa semakin letih dan dahaga. 

6 Ogos lalu, dia berasa tidak sihat dan dibawa oleh rakannya ke hospital. Doktor mengesyaki Wang menghidap diabetes, lalu diarahkan menjalani ujian darah. 

Keputusan ujian mendapati, paras gula di dalam badannya 20 kali ganda lebih tinggi daripada paras normal.

Selain itu, doktor mendapati Wang juga menghidap acidosis (badan menghasilkan terlalu banyak asid) dan hiperkalaemia. Rakan Wang turut mendedahkan, meskipun Wang masih muda tetapi dia mempunyai tekanan darah tinggi. 

Doktor cuba menyelamatkan Wang, malangnya keadaan Wang semakin hari semakin buruk dan akhirnya meninggal dunia. 

DIfahamkan Wang tidak mengetahui dirinya menghidap diabetes. Dia minum air berkarbonat seperti minum air biasa dan gemar makan gula-gula. Wang mempunyai ketinggian 178 sentimeter tetapi beratnya kira-kira 113 kilogram.