Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

''Mereka (Indonesia) dekat di hati saya' - Didakwa hina rider Gojek negara jiran, Shamsubahrin tampil mohon maaf

0

Setelah dikecam teruk netizen dari Malaysia dan Indonesia, pengasas Big Blue Taxi, Datuk Shamsubahrin Ismail akhirnya tampil memohon maaf di atas kenyataannya yang didakwa menghina rider Gojek Indonesia. 

"Saya ingin memohon maaf kepada semua rakyat Indonesia kerana melabelkan anda orang miskin. 

"Kenyataan saya bukan atas tuduhan liar atau menghina rakyat Indonesia, mereka (Indonesia) di hati saya, tak terlintas buat penghinaan," katanya yang juga berharap rider Gojek Indonesia membatalkan hasrat mereka untuk mengadakan demonstratsi di depan Kedutaan Malaysia di Jakarta. 

Dalam pada itu, Shamsubahrin berkata, pihaknya tidak menghalang perkhidmatan Dego Ride untuk dihidupkan semula atas sentimen menyokong produk tempatan, berbanding meluluskan kemasukan Gojek ke Malaysia. 

Ini kerana katanya, perkhidmatan Gojek dari negara asing itu bakal mengundang kesan buruk kepada pendapatan negara. 

"Sekurang-kurangnya produk tempatan seperti Dego Ride, kita akan ada kawalan terhadap syarikat terbabit berbanding produk asing yang boleh 'angkat kaki' dan pulang ke negara mereka jika berdepan masalah. 

"Pendapatan yang dikaut menerusi sistem pengangkutan awam dari syarikat asing juga akan mengalir keluar, justeru kita hanya mengalami kerugian," katanya. 

Sumber: MalaysiaKini

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram