'Nak tolong, pi tolong, tak nak sudah, attention seeker ke apa?' - Netizen mula meluat dengan propa Aliff Syukri
Pada awalnya, Aliff memuat naik gambar perempuan itu dengan kapsyen 'budak gemuk' menyebabkan dia dikecam teruk oleh netizen. Bukan setakat itu, pihak Instagram membuang dua postingnya di Instagram selepas dilapor oleh netizen yang tidak berpuas hati dengannya yang didakwa melakukan body shamming.
Ekoran itu, Aliff memohon maaf dan merayu agar netizen tidak membuat report terhadap Instagramnya lagi.
"Abang mohon maaf, apa yang abang cakap sebelum ini. Bayangkan dua video abang kena delete. Abang teramat sedih gara-gara adik ini.
"Orang Malaysia memang suka report ke? Apa salah abang...?" soalnya kelmarin.
Hari ini, Aliff sekali lagi memuat naik gambar perempuan berkenaan dengan kapsyen berikut:
"Ada orang sent picture ini kat abang. Gara-gara budak ini habis abang kena kecam. Sedih sangat-sangat. Adakah patut abang membantu dia? Tolong jawab please," tulisnya.
Berang dengan tindakannya yang mengulangi lagi perbuatan yang sama, netizen mula meluahkan rasa meluat dan mendakwa itu semua adalah propa yang mahu meraih perhatian.