Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Pendapatan yang dikenakan cukai itu adlaah wang hantaran, hadiah dari keluarga, rakan & nafkah dari suami' - Anak Najib jawab tuduhan LHDN

0

Nooryana Najwa Najib mendakwa kerajaan hari ini nekad untuk mengenakan keseluruhan ahli keluarganya selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengarahkannya membayar RM10.3 juta cukai pendapatan yang tidak dibayar dari 2011 hingga 2017.

Beliau berkata, pendapatan yang dikenakan cukai oleh LHDN itu adalah wang hantaran dan juga hadiah daripada keluarga dan rakan-rakan serta nafkah pemberian suaminya, Daniyar Kessikbayev.

"Seperti kes ayahanda dan adik-beradik saya yang juga telah dihentam dengan tuduhan tidak masuk akal, ramai yang tahu tentang kes ini terkejut dan hilang kata-kata melihat bagaimana kerajaan hari ini menyalahgunakan undang-undang secara semborono.

"Nampaknya dalam Malaysia Baharu hari ini, nafkah seorang suami kepada isteri adalah dikategorikan sebagai pendapatan dan perlu dikenakan cukai, wang dari sumber luar negara yang telah sekian lama dikecualikan dari cukai oleh undang-undang kini dikenakan cukai.

"Suami yang membeli rumah dan menamakan isterinya sebagai pemilik bersama rumah berkenaan kini dianggap sebagai pendapatan si isteri dan dikenakan cukai, hadiah perkahwinan dan pertunangan serta wang hantaran adalah juga dikategorikan sebagai pendapatan dan wajib dikenakan cukai," dakwanya menerusi satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Namun, Nooryana berkata, beliau tidak menunding jari pada kakitangan LHDN kerana tahu kedudukan mereka yang terikat dengan ahli-ahli politik yang menjadi dalang di sebalik semua pertuduhan itu. 

"Sejak mereka mula mengaudit saya tahun lepas, saya telah memberikan segala bukti termasuk dokumen pemindahan kewangan bank yang terperinci yang menunjukkan bahawa kebanyakan perkara yang dikatakan mereka sebagai 'pendapatan dari luar negara' adalah merupakan pemindahan wang dari keluarga belah suami saya.

"Saya juga telah memberikan bukti bahawa mentua saya telah membeli sendiri sebuah rumah dengan menggunakan wang mereka dari luar negara," katanya.

Jelasnya lagi, keluarga suaminya kemudian telah menamakan beliau sebagai pemilik bersama rumah berkenaan.

"Entah bagaimana, langkah menamakan saya sebagai pemilik bersama rumah berkenaan dengan suami saya kini dianggap oleh kerajaan sebagai pendapatan! Dan ini membentuk jumlah terbesar apa yang dikatakan 'tunggakan cukai' sungguhpun pembayaran bagi pembelian rumah berkenaan tidak langsung melalui saya," katanya.

Tambahnya lagi, suami dan keluarganya sememangnya sudah kaya sebelum mereka berkenalan dan sebelum ini ibu mentuanya pernah berkahwin dengan salah seorang bilionair terkaya di Kazakhstan selama 10 tahun.

Sumber: Sinar Harian

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram