(Video) 'Mak balik nanti, aku libas ko yer' - Padah tayang video tak senonoh, Rozita tak sabar balik nak libas Aliff Syukri


Kelmarin, usahawan kosmetik Aliff Syukri memuat naik video dirinya menyanyikan lagu barunya berjudul 'Cowok Baru' di Instagram. 

Dalam video itu turut menunjukkan rakannya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat, tengok asyik menari bagaikan tiada hari esok di belakang Aliff. 

Menurut Aliff, lagu terbarunya itu akan dikeluarkan tidak lama lagi dan merupakan lagu yang paling sedap dan merdu di muka bumi ini. 

"Harap anda semua boleh bersabar. Saya faham terlalu ramai rakyat Malaysia yang inginkan dengar lagu yang paling sedap dan merdu di muka bumi ini. Saya ya. 

"Nantikan Rabu depan, jam 12 tengah hari lagu 'Cowok Baru' di YouTube saya," katanya. 



. . tag member korang dan jom buat #dancechallengecowokbaru mcm @nursajat23 nanti hadiah berupa wang tunak dari abg..Harap anda semua boleh bersabar saya faham terlalu ramai rakyat Malaysia yang inginkan dengar lagu yang paling sedap dan merdu di muka bumi ini sabar yaπŸ™πŸ»πŸ™πŸ» . abg dah post di youtube abg lirik lagu dan teaser lagu #cowokbaru gi di tvterlajaklaris nantikan rabu depan 12tghri lagu "cowok baru " di youtube sy (tvterlajaklaris) tag kawan kawan korang di ruangan komen di bawah yg tak zabarr tunggu lagu ni #cowokbaru 😍😍😍 5org yg bertuah yg tag akan memenangi wang duit raya dari saya...... pemenag saya akan PM dan sy akan posting di ig sy ..okey esok jam 6ptg nak tau pemenag😘😘 kalau rajin tag lh kat ig storey.. nanti sy akan respost smuaaa😬😬😬😬
A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Bagaimanapun, ibunya, Rozita Ibrahim, meninggalkan komen berikut:

"Suka kena kecam kan? Ida (isteri Aliff) buat haji, kau buat dangdut tergedik-gedik belakang tu. Nape nak kena cili ke poen si Sajat tu? 

"Ko pulak Kri (Aliff), mak balik nanti ku libas ko yer. Nanti ko yer, tak habis-habis buat hal," kata Rozita. 

Komen Rozita itu mendapat banyak sokongan netizen yang turut menyarankan dia menggunakan pelepah sawit untuk melibas Aliff. 

Tidak kurang juga ada netizen yang menyeru orang ramai melaporkan video tersebut agar ia dipadamkan dari Instagram Aliff.