'Ambil nasi & lauk apa saja, hanya RM5.90 saja' - Restoran Cikgu


Berniaga sambil bersedekah, itulah konsep yang diamalkan oleh Restoran Cikgu ini yang sedang viral di media sosial pada waktu ini. Ambillah lauk apa saja, banyak mana, harganya hanya RM5.90. Air minuman pula percuma. 

Buka setiap hari kecuali Jumaat. Yang mana berdekatan, bolehlah cuba singgah ke restoran ini. Yang penting, jangan membazir makanan. Ambillah berpada-pada bersesuaian dengan kekosongan dalam perut. 

"DAH tahu kedai ni?" sapa seorang lelaki waktu saya cedok lauk.

"Kedai kami, boleh ambil nasi dan lauk apa saja. Banyak mana pun boleh. Hanya RM5.90 sahaja. Air kordial pun free. Siap boleh refill lagi," panjang lebar dia terangkan pada saya. Saya tersenyum, anggukkan kepala.

"Haa, ini kedai milik pak mertua saya. Dia cakap, nak berniaga sambil sedekah. Kalau orang tu ambil lebih kira selebihnya sedekah saja. Lauk, isteri saya yang masak," jelasnya lagi.

"Alhamdulillah. Semoga Allah murahkan rezekinya," balas saya.

"Nanti bawalah keluarga datang ye," pelawanya sambil tersenyum.

"InsyaAllah," bagus betul, layan pelanggan macam kawan.

Lalu saya duduk dan menjamu selera. Maklumlah tengah lapar. Puas hati betul. Lauk boleh ambil banyak. Masakan pun sedap. Bayangkan ikan keli bakar yang saya ambil ni saiz besar. Ini standard biasa adalah dalam RM8 lebih sepinggan.

Bukan itu sahaja, saya pun ceduk lagi gulai ikan kembung dengan bendi, sayur lemak petola, sayur taugeh, sambal. Pergh, memang mantaplah. Sengaja saya ambil tak banyak lauk sangat, nanti nampak macam kebulur sangat pula.

Tuan² Puan², kedai macamni wajib kita share. Kongsikanlah supaya ramai support perniagaan mereka. Ha, Restoran Cikgu ini terletak di Aman Jaya, Sungai Petani. Dekat sangat dengan exit tol Plus (U) Sungai Petani. Boleh search di Google Maps. 

Restoran Cikgu. Nama sempena ayahnya seorang cikgu yang pencen.

Ini alamatnya:

Restoran Cikgu
62, Lengkok Cempaka 2,
Bandar Amanjaya,
08000 Sungai Petani, Kedah






Jangan pergi hari Jumaat tau, cuti. Sharelah, bagi viral pun tak apa. Saya bukan dibayar ye. Tapi memang ikhlas nak berkongsi untuk anda cuba.

Sumber: Panduan Islam