Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Berhenti tular warga China miliki MyKad - JPN

0

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) meminta orang ramai segera menghentikan penyebaran isu tular dalam media sosial mengenai warga China miliki kad pengenalan MyKad bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kebimbangan rakyat bahawa kerajaan sewenang-wenangnya memberikan kewarganegaraan kepada rakyat asing.

Katanya, tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana individu yang menyebarkan sebarang isu berunsur fitnah kepada kerajaan.

Dalam satu kenyataan yang dikongsi dalam laman Facebook di sini hari ini, JPN menjelaskan isu berhubung warga China miliki kad pengenalan MyKad adalah isteri kepada warganegara Malaysia yang telah memperoleh kewarganegaraan pada September 2017 di bawah Perkara 15(1) Perlembagaan Persekutuan

Jelasnya, sebagai isteri kepada warganegara Malaysia yang berkahwin secara sah mengikut undang-undang Malaysia boleh memohon kerakyatan setelah memenuhi syarat yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan.

"Permohonan dan kelulusan kewarganegaraan Malaysia bukan tertumpu kepada satu-satu kaum tertentu sahaja malah menerima dan meluluskan daripada pelbagai kaum dan bangsa di Malaysia.

"Penganugerahan taraf kewarganegaraan adalah anugerah tertinggi oleh kerajaan Malaysia kepada warga asing yang benar-benar layak sahaja dan perlu mengikut syarat yang ditetapkan serta tertakluk kepada peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya.

JPN berkata, isu itu juga pernah ditular tahun lepas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan mendakwa JPN telah memberikan kad pengenalan kepada warga China.

Sumber: Bernama

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram