Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Dah hari ketiga tak check out lagi, rupanya..' - Ini antara hotel berhantu di Taiping

0

Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Gambar-gambar yang digunakan juga hanyalah sekadar hiasan sahaja. Selamat membaca.

OKEY, hotel ini, Casuarina Inn, hampa boleh jumpa kat Taiping, Perak dan antara hotel berhantu kat Taiping. Hotel ini bersebelahan dengan penjara Taiping. Dengar cerita, hantu kat sini suka pindah-pindahkan guest hotel. 



Hotel ini sebenarnya tempat pegawai-pegawai British dok lepak rehat-rehat. Tapi waktu itu namanya bukan Casuarina Inn. Sehinggalah Kerajaan Perak mengambil alih tempat ini pada 12 September 1972. 

Oh ye, hotel ini pun pernah menjadi kem tentera British sekejap sebelum diambil alih oleh kerajaan negeri. Hotel ini dulu memang cantik sebab dibina ala-ala reka bentuk British. So, hotel ini ada 24 bilik standard dan dua bilik family. Kemudian banyak lagi kemudahan-kemudahan hotel ini. 



Sebelum masuk ke scary part, aku nak ingatkan cerita ini disampaikan dari mulut ke mulut. Saya tak tahu kesahihannya ye. Nak baca boleh, tetapi nak percaya itu ikut masing-masing. 

Berdasarkan cerita-cerita guest yang pernah menginap di hotel itu selalu kena ganggu. Pastu hantu kat situ ada satu perangai suka pindah-pindahkan orang. Hang tidur di bilik hang, bagun je kat luar bilik. Lebih kurang begitulah. 

Pastu my mom's friend ni dia memang suka aktiviti paranormal. Dia pergilah tidur di sana tapi waktu tu hotel tu dah tak beroperasi la. Lupa nak habaq yang hotel ini ditutup sekitar tahun 2010 sebab tak dapat tampung kos pengurusan hotel. 

Kawan mak aku ni memang steady. Dia pergi sana kemudian pilih port baik sikit untuk tidur malam. Malam itu dia cuba explore sikit tempat itu. Tapi tak adalah jauh sangat. Pastu dia stop, dia baca Quran bagi mengisi masa lapang yang ada. 

Mula-mula baca okey lagi. Pastu dia nampak macam ada bayang lalu di depan dia tetapi dia tak pandang. Dia pandang Quran sebab tengah baca waktu tu. So dia relaks, tiba-tiba dengar macam benda kena tarik di tingkat atas. Dia pun dah dapat agak la sesi gangguan akan bermula sebentar lagi. 

Tetapi dia tetap teruskan bacaan sampailah dia rasa ada benda pegang bahu dia dan dia terkejut! Waktu itu dia dah berdiri, nampak bayang yang sama. DIa pun berniat nak ikut masuk satu bilik ini yang tiada apa-apa pun. Dia nak kembali semula ke tempat dia tadi tetapi tak jumpa. 

Dia perasan yang dia berpusing di tempat yang sama saja sampai dia kepenatan. Dia duduk dan rasa mengantuk lalu tertidur. Keesokannya dia dah berada di luar hotel itu dengan barang-barang dia dicampak di luar juga. Dia pun beredar dari situ. So habis cerita tu. 

Next story ini agak baru juga. Diceritakan oleh pakcik aku. Yelah, orang-orang tua dah bercerita, kita pun join la ye dok. 

Pakcik aku kata hotel ini ditutup sebab tak ada orang nak kerja di situ dan guest pun tak berapa nak ada. Kawan pakcik aku dulu kerja sebagai receptionist di hotel itu. 

Kena gangguan itu perkara biasa. Setakat loceng front kaunter berbunyi sendiri itu dah biasa. Yang menyebabkan member pakcik aku ni berhenti sebab dia terjumpa guest yang sebenarnya hantu. 

Pada hari kejadian, cuaca hujan (biasalah cerita hantu mesti hujan), dia tengok ada macam satu keluarga ni nak check in. Dia pun layan macam biasa. Dah selesai check in dan serah kunci apa semua, so nak geraklah ke bilik. Tapi dia perasa keluarga ni macam pelik, namun dibiarkan sebab guest kan. 

Selepas keluarga itu masuk bilik, tidak lama selepas itu diorang dapat call untuk room service. Bilik itu orderlah makanan banyak juga. Tapi tak apalah, mereka kan keluarga so husnudzon lagi. 

Orang yang hantar makanan itu pergilah hantar, tetapi guest suruh letak di luar saja. Keesokkannya budak itu datang kutip balik pinggan. 

Guest itu kata nak menginap dua hari saja. Dah masuk hari ketiga, tak check out lagi. Member pakcik aku pergilah check kot-kot lupa ke nak check out atau nak sambung menginap lagi ke. 

Mereka pergi dan ketuk pintu, tiada orang menyahut. Bilik berkunci dan aircond masih lagi on. Dia pun pergi ambil kunci spare. Bila buka, memang tak ada orang, kosong tapi bilik macam ada orang dengan aircond masih on. Kunci bilik pula ada terletak elok di rak. 

Dia pun cuak, takkan guest lari kot? So check la kat senarai nama guest tu. Tengok-tengok bilik itu memang kosong. Tak ada data pun pasal guest tu. Tapi dia memang yakin yang dia bagi guest satu family kat bilik tu. So dia check dengan orang kafe. Betul tak mereka order room service. Orang kafe kata memang ada. 

So? Pandai-pandailah conclude kan ye. 





Sebelum mengakhiri cerita ini, hotel ini bersebelah dengan penjara Taiping tau. Pekerja-pekerja hotel tu selalu cerita yang kalau ada orang kena gantung, mereka boleh dengar banduan menjerit sampai ke hotel tu. 

Sebelum terlupa, dulu mereka ada merancang nak bina cable car yang menghubungkan tempat ini dengan Bukit Larut tetapi tak jadi sebab belum apa-apa lagi, orang yang pergi survey tempat dah kena kacau. 

So siapa yang jiwanya kental bolehlah cuba naik ke Hotel Casuarina Inn. Kalau korang pusing taman tasik tu, korang akan jumpa signboard ke Casuarina Inn. Tetapi sebarang gangguan bukan salah aku ye. Aku pun goyang juga nak pergi naik hotel ni. Sekian. 

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram