Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Kerajaan bakal laksanakan skim tidak berpencen, kontrak

0

Kerajaan dijangka akan melaksanakan opsyen lantikan tidak tetap (tidak berpencen atau kontrak) kepada penjawat awam baharu pada masa akan datang yang dapat menjimatkan bebanan kewangan sehingga RM5 bilion setahun. 

Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah berkata, perkara itu telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri tetapi masih belum dimuktamadkan dan Jawatankuasa Khas Pembaharuan Perkhidmatan Awam meminta cadangan itu diperbaiki termasuk memurnikan idea tersebut. 

Pada masa ini, kerajaan menanggung beban sehingga RM28 bilion setahun bagi bayaran pencen kepada pesara kerajaan. 

Sekiranya semuanya berjalan lancar dan cadangan itu dipersetujui, opsyen tersebut akan ditawarkan kepada penjawat awam sedia ada menerusi pengambilan baharu penjawat awam tahun hadapan, bergantung kepada keputusan kerajaan. 

Seiringan dengan pelaksanaan opsyen kontrak itu, pihaknya juga melihat kemungkinan untuk menawarkan pelbagai insentif, gaji lebih baik dan perlindungan kebajikan kepada lantikan baharu penjawat awam yang dilantik melalui opsyen berkenaan. Ia bagi membolehkan penjawat awam yang menerima tawaran itu berasa lebih terjamin dan tidaklah mereka ingin menamatkan perkhidmatan lebih awal. 

“Mungkin ada bentuk perkhidmatan atau perkhidmatan tertentu saja yang akan kita lantik tetap, contohnya kita boleh lantik tetap kepada dua bahagian iaitu lantik tetap berpencen dan lantik tetap tidak berpencen.

“Lantikan tetap berpencen pula boleh dibahagikan kepada tetap berpencen tetapi mencarum kepada tabung pencen (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja). Jadi akhirnya kita akan lihat kerajaan tidak akan menanggung beban pencen dalam tempoh jangka panjang,” katanya.

Katanya, pihaknya juga akan memastikan skim perkhidmatan baharu penjawat awam itu akan lebih menarik dan dinamik serta pada masa sama penjawat awam baharu akan berasa terpelihara dan terjamin biarpun hanya lantikan kontrak.

Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram