'Saya suka lelaki perut buncit' - Atikah Suhaime


Baru-baru ini, pelakon kelahiran Singapura, Atikah Suhaime berkongsi mengenai kriteria lelaki idamannya dengan penyampai radio Hot FM.

Dalam temu bual bersama Shuk, Shuib dan Fizie, Atikah menyatakan dia tidak kisah berapa umur pasangannya kerana bagi dia, umur seseorang itu tidak menunjukkan kematangan seseorang. 

Ini kerana, Atikah pernah berjumpa dengan lelaki berusia 60 tahun tetapi berperangai seperti kebudak-budakan. 

Selain mempunyai kewangan yang stabil, lelaki yang diinginkannya itu haruslah kelakar dan mempunyai perut buncit. 

"Dia harus stabil. Saya tak kisah umur sebab umur tu tak menunjukkan anda matang. Kadang-kadang saya pernah nampak orang yang umur 60 tahun tetapi perangai macam budak kecik. 

"Dia kena stabil, dia kena lawak dan saya suka orang yang buncit," katanya.