Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Anak kecil lagi, jangan paksa dia tengok buku, jangan bagi phone lama-lama' - Ramai yang share tips parenting ni

0

Pergi pasar dengan Adra tadi, sorang aunty cina tu bagi tips cara ajar anak. Anak dia dua orang master. Seorang kerja kat China, seorang lagi kat Hong Kong.

"Anak kecil lagi macam ni jangan paksa dia tengok buku. Telefon jangan bagi lama. You kena selalu tanya dia. Macam hari ini you pergi pasar, bagitahu dia ini sayur apa ini ikan apa, sayur ini warna apa. Nanti balik suruh dia cerita sama bapak dia.

"Mak bawak pergi mana, beli apa, beli berapa, warna apa. Bagi anak you recall, bagi dia boleh cerita semua details.

"Dekat rumah, jangan ajar anak masa you berdiri. You tinggi dia rendah, nanti dia rasa ada jarak. You duduk sama dia, baru dia rasa senang dengan you.

"Jangan selalu ajar, ajar dan ajar dia. Nanti dia rasa tekanan. Ajar 10 minit, kasi dia main. Nanti dia sudah main happy-happy, you panggil dia "Lai, sini mama mau tanya"

"Bila bagi anak barang/makanan. Ajar dia untuk kongsi. Contoh bila you kasi dia epal, 'nak sikit'. Ajar dari kecil bila ada barang ke apa ke, itu bukan dia seorang punya. Lagi-lagi share dengan parents. Nanti dah besar dia akan ingat parents," katanya.

Lagi aunty tu pesan, "Kalau mak bapak ada buat salah, jangan ego tak nak mintak maaf. 'Oh ya, mama salah tadi. Sorry'.

Ada lagi. "Nanti anak sekolah, jangan marah dia tak dapat nombor 1. You marah ke tak marah ke sama. Benda sudah jadi. Kalau semua orang dapat nombor 1 siapa nak dapat nombor last?

"Jangan banding-banding anak you dengan orang lain. Sama macam kita orang susah makan ikan kecik. Itu taukey besar makan ikan mahal besar. Dia kenyang kita pun kenyang."

Okay, kat sini mungkin aunty tu nak sampaikan yang rezeki masing-masing. Jadi, bersyukurlah. Dia just cakap kalau suka bandingkan nanti anak akan rasa hasad dengki pada orang. 

Selalu kan kita bandingkan anak tanpa sedar? Eh anak dia dah pandai baca, anak aku belum. Haa contoh. Tak ke kecik hati anak tu? 

Banyak lagi dia ajar tadi sampai kebas tangan pegang ayam dan ikan tadi. Pergi mana-mana pun kita boleh dapat ilmu baru tau. Ini ilmu parenting. TQ aunty.

Sumber: Nurul Atika Mokhtar

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram