Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Lelaki sewa bilik hotel untuk mandi, terdengar kekasihnya sedang curang dengan lelaki lain di bilik sebelah

0

Hajat seorang lelaki Vietnam untuk mandi di hotel tidak kesampaian apabila dia mendapati wanita yang disayanginya selama ini curang dengan lelaki berusia 50 tahun di sebelah biliknya. 

Lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Aki, terdahulu mendaftar masuk ke hotel di Hanoi untuk mandi kerana bekalan air di rumahnya terputus ekoran bencana banjir baru-baru ini. 

Seperti kebanyakan orang yang mahu berjimat, Aki amat berharap dia tidak perlu membayar harga penuh untuk bilik itu kerana dia hanya mahu mandi sahaja. 

Selepas tawar menawar dengan pihak kaunter, akhirnya Aki berjaya dan diberi bilik bersebelahan dengan lelaki berusia 50 tahun bersama dengan teman wanitanya yang muda. 

Sebaik masuk ke bilik dan bersiap untuk mandi, Aki terdengar bunyi bising dari bilik sebelah di mana penghuninya sedang melakukan hubungan intim. 

Aki mula curiga dengan suara wanita itu dan merasakan ia sama seperti suara teman wanitanya lalu pergi mengetuk pintu bilik sebelah dengan harapan andaiannya tidak betul. 

Apabila pintu dibuka, alangkah terkejutnya apabila Aki melihat teman wanitanya bersama dengan lelaki tua itu. 

Kedua-duanya kemudian bertengkar dan terpaksa dileraikan oleh kakitangan hotel. 

Lelaki malang itu tidak sempat mandi ketika meninggalkan hotel tersebut kerana dia terlalu kecewa dengan apa yang telah berlaku. 

Aki yang tidak dapat menahan diri, menangis sekuat-kuatnya dan tidak mempedulikan orang awam yang memandang dan merakam dirinya. 

Gambar Aki kemudian viral di media sosial mengundang rasa simpati netizen yang mendoakan semoga ada pengganti yang terbaik untuk diri Aki. 

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram