Pengurus kedai tuduh pelanggan mencuri kerana benjolan besar di depan seluarnya, rupa-rupanya saiz 'pisangnya' yang besar


Seorang pelanggan lelaki ditahan pengurus kedai pakaian kerana berasa curiga dengan benjolan di depan seluarnya dan mengesyaki lelaki itu mencuri sesuatu dari premis. 

Steve Whitehurst ketika itu sedang membeli barangan di Scott Menswear yang jual pakaian lelaki di United Kingdom, apabila pengurus terbabit ternampak benjolan di depan seluarnya. 

Pada masa itu, Steve baru selesai membuat bayaran di kaunter sebanyak RM2,060 untuk pakaian yang dibeli tetapi pengurus kedai itu berasa curiga dan menuduh Steven mencuri. 

"Saya pakai seluar jeans ketat pada hari itu dan timbul sedikit benjolan di hadapan tetapi tak salah pun kan?" katanya. 

Steve cuba memberi penjelasan tetapi pengurus itu tidak dapat menerimanya. Tanpa membuang masa, Steve terus melondehkan seluarnya bagi membuktikan bahawa dia tidak mencuri apa-apa dan tertonjol juga saiz 'pisangnya' yang berukuran 10 inci di dalam seluar dalamnya. 

Walaupun Steve telah melondehkan seluarnya, pengurus itu tetap tidak berpuas hati dan berulang kali bertanya mengenai 'benjolan' tersebut. 

Kesal dengan sikap tidak masuk akal pengurus itu, Steve kemudian menunjukkan 'benjolannya' itu kepada pengawal keselamatan lelaki di bilik persalinan agar dia dapat membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah. 

Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, Steve membuat aduan terhadap premis itu yang dimiliki oleh JD Sports. 

Teman wanitanya, Shenton turut berasa kejadian itu amat memalukan mereka. Tetapi saksi mendakwa pengurus terbabit tidak pernah meminta Steve untuk melondehkan seluarnya dan Steve berang apabila pengurus itu mencurigainya. 

Saksi lain pula tampil bersuara yang pengurus itu mempunyai alasan kukuh untuk mencurigai Steve kerana tag elektronik pada jacket yang dicuba oleh Steve, hilang. 

Sumber: World of Buzz