Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Scotland larang ibu bapa pukul anak kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk

0

Scotland pada Khamis menjadi bahagian pertama di Britain yang melarang ibu bapa memukul anak mereka, lapor agensi berita China Xinhua.

Undang-undang baharu itu telah mendapat kelulusan Anggota Parlimen Scotland di Edinburgh.

Sejumlah 84 anggota parlimen mengundi ​​menyokong manakala 29 menentang Rang Undang-Undang Perlindungan Kanak-Kanak daripada Serangan.

Undang-undang baharu itu, yang diusulkan bekas pegawai polis John Finnie dari Parti Hijau, memberikan perlindungan yang sama kepada kanak-kanak daripada keganasan seperti orang dewasa.

Finnie berkata dengan menghapuskan hak ibu bapa untuk memukul anak mereka akan membawa Scotland ke tahap antarabangsa.

Beliau berkata "adalah mengejutkan bahawa rakyat kita yang paling kecil dan lemah adalah satu-satunya golongan yang tidak memiliki perlindungan ini dan sekarang adalah masa yang sesuai untuk membetulkan perkara itu.

“Hukuman fizikal tiada tempat dalam negara Scotland pada abad ke-21.”

Beliau berkata bukti di peringkat antarabangsa menunjukkan bahawa tindakan memukul boleh mendatangkan kesan buruk yang serius terhadap kanak-kanak dan ia tidak berkesan.

Kebimbangan telah disuarakan parti pembangkang berhubung undang-undang baharu itu dengan alasan bahawa ia boleh menjenayahkan ribuan ibu bapa yang ingin mendisiplinkan anak mereka.

Jamie Gillies, dari kumpulan kempen Be Reasonable, memberitahu media di Scotland: "Langkah mencari kaedah untuk perlindungan lanjut kanak-kanak adalah dipuji, namun larangan memukul bukan caranya."

BBC melaporkan bahawa Wales juga bakal memperkenal larangan serupa namun buat masa ini, tiada sebarang rancangan di pihak England atau Ireland Utara untuk mengikutinya.

Sumber: Bernama

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram